(52) 27/03/09 Mesyuarat Agung PIBG



Ucapan Yang DiPertua PIBG

Menghulurkan sumbangan untuk PIBG sebagai tanda rasa
syukur atas kejayaan 5 orang anak beliau di sekolah ini

Ucapan alu-aluan oleh Tuan Guru Besar

Tuan Guru Besar, En. Ismail b. Ibrahim bersama Yang DiPertua PIBG,
Tn. Hj. Nik Ab. Aziz b. Nik Mahmood


Ucapan perasmian oleh Pegawai Pendidikan Daerah PPD Kota Bharu

Terimalah tanda kenangan dari kami

Menikmati juadah yang disediakan

(51) Berkenalan Dengan Nik Abdul Qayyum


Nik Abdul Qayyum memperdengarkan bacaan

Seorang murid prasekolah, Nik Abdul Qayyum telah diminta membacakan hafazan surah Yasin sebagai selingan sementara menunggu keputusan hakim bagi acara pertandingan azan dan pertandingan hafazan sempena sambutan Maulidur Rasul hari ini. Agak menarik kerana penampilannya yang bersahaja sewaktu mengalunkan bacaan.

Bersama abangnya, Nik Abdul Hafeez

Nik Abdul Qayyum merupakan anak ke-5 daripada 7 orang adik-beradik, kini berusia 6 tahun dan sedang belajar di Prasekolah di SK Melor. Beliau telah khatam al-Quran kira-kira 2 bulan yang lalu bersama-sama abangnya, Nik Abdul Hafeez (8 tahun). Mereka mengaji di bawah ajaran ummi dan abah mereka di rumah dan telah menghafaz ayat-ayat lazim dan beberapa surah lain seperti an-Naba'a dan an-Nazi'aat. Kini Nik Abdul Qayyum sedang menghafaz surah Yasin. Beliau turut mendapat bimbingan daripada Ustaz Ridzwan dari SK Melor.

Menurut Nik Abdul Qayyum, beliau menjadikan abang sulungnya, Nik Abdul Hakeem yang sedang menuntut di Maahad Tahfiz Sains sebagai idola dalam bidang hafazan dan bercita-cita untuk menjadi doktor yang hafiz apabila dewasa kelak.

Penolong Kanan 1, Tn. Hj. Zakaria menyampaikan cenderahati

Ketika dijemput membaca al-Quran di SK Melor sempena
sambutan maulud di sekolah itu semalam.

(50) Jubli Emas : Posting Ke-50

Sedar tak sedar, diam tak diam 'posting' ini adalah yang ke-50. Perasaan saya bercampaur baur, susah untuk digambarkan. Dan saya tidak pernah menyangka ianya mampu sampai hingga ke angka itu. Tiadalah daya dan upaya saya melainkan dengan bantuan Allah Yang Maha Agung. Walau apapun, saya tidak ingin menulis apa-apa berita dalam 'posting' kali ini. Sekadar begini saja... begini saja.

(49) 26/03/09 Sambutan Maulidur Rasul

Warga SKSM sedang khusyuk mendengar ceramah di Dataran Bendera

Ustazah Rosnani dari JPN menyampaikan ceramah
memperingati Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w

Sambutan Maulidur Rasul disambut pagi ini dengan temanya "Wahdah Khairu Ummah". Program dimulakan dengan bacaan al-Quran oleh Mohd. Faris b. Mohd. Hanizan yang telah muncul sebagai Johan Pertandingan Tilawah al-Quran QIT Melor baru-baru ini. Berikutnya, ucapan alu-aluan oleh Tuan Guru Besar, En. Ismail b. Ibrahim disusuli dengan ceramah mawalid oleh Ustazah Rosnani bt. Mohamad, Penolong Pegawai Dakwah dan Kepimpinan, Unit Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan. Selepas penyampaian cenderahati, semua warga SKSM bangun berselawat dengan perasaan penuh kasih terhadap Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Di samping mengekalkan ingatan kita umat akhir zaman terhadap Rasulullah, kita juga dapat mengenang, menghargai dan mengambil iktibar terhadap kisah suka duka perjuangan Rasulullah seterusnya menambahkan lagi perasaan cinta kasih terhadap baginda.

Menyampaikan saguhati kepada pelajar yang
berjaya menjawab soalan kuiz


Tuan Guru Besar menyampaikan cenderahati
tanda ingatan dari warga SKSM


Selesai acara di dataran bendera, warga SKSM kemudian berkumpul, beratur seterusnya berarak di kawasan kampung sambil berselawat dengan penuh bersemangat. Kemudian, selepas berehat seketika, murid-murid Tahap 1 masuk ke kelas untuk mengikuti Kuiz Pendidikan Islam, Kuiz bahasa Arab dan peraduan mewarna manakala murid Tahap 2 mengikuti acara dewan. Acara dimulakan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan Soutul-Hikmah, Naib Johan Festival Nasyid QIT Melor 2009 diikuti dengan pertandingan azan dan persembahan dikir barat dalam Bahasa Arab. Akhir sekali, warga SKSM dihidangkan dengan jamuan tengah hari. Majlis berakhir pada jam 12:00pm.
Para guru turut berselawat bersama murid-murid

Berarak sambil berselawat

(48) Cukai Pendapatan

Sebagaimana tahun-tahun lalu, ramai pengguna aplikasi e-Filing LHDNM iaitu suatu kaedah penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan elektronik melalui internet, menjadi sibuk dan kelam kabut menjelang tarikh akhir penghantaran borang. Pada tahun ini, tarikh akhirnya ialah pada 30 April 2009. Oleh kerana penggunaan e-Filing boleh di'log-in' dari mana-mana sahaja bagi membantu pembayar cukai mengisi, mengira dan menghantar Borang Nyata, maka saya tidak terlepas daripada permintaan rakan-rakan untuk membantu melaksanakannya. Walau bagaimanapun, saya pada kali ini ingin memohon berbanyak maaf jika tidak dapat menunaikan hasrat kawan-kawan sekalian memandangkan minggu ini merupakan minggu yang paling sibuk bagi saya.

Pada minggu ini saya kena siapkan buku program Merentas Desa. Pada minggu ini juga saya nak kena buat buku program Maulidur Rasul. Lepas tu kena buat persediaan Makmal Komputer untuk LDP hari Sabtu ni. Sedangkan masa hanya tinggal 2 hari sahaja lagi. Besok, Selasa saya tak boleh buat apa-apa kerana menjadi Hakim Pertandingan Nasyid QIT Ketereh (sekolah menengah) di SMKA Melor. Jadi, saya minta maaf banyak-banyak kalau tak dapat membantu. Jangan kecil hati, jangan ambil hati dan jangan terasa hati. Kalau saya buat juga nanti, kerja saya tak siap, siapa nak tolong? Tapi kalau minggu depan, mungkin boleh kot, insyaAllah. Bukan apa, walaupun nak buat benda tu sekejap saja, tapi oleh kerana ia datang sekali setahun, saya pun menjadi kekok dan kena belajar dan tengok balik macam mana nak mengisinya. Dan yang paling kelakar, walaupun ramai rakan yang dapat saya bantu pada tahun lepas, tapi saya sendiri buat kat LHDN Kota Bharu dengan bantuan para pegawai di sana.... Masa tu kaunter dibuka pada waktu malam - tak kelakar ke?

(47) 29/03/09 Setiausaha Sukan Semakin Sibuk

Cgu Shukran

Menjelang acara Merentas Desa yang akan diadakan pada hari Ahad, 29 Mac nanti, Setiausaha Sukan, Cgu Mohd. Shukran b. Mohamad mulai kelihatan sibuk ke hulu ke hilir. Satu mesyuarat akan diadakan pada 24 Mac nanti bagi membincangkan tentang perkara tersebut serta memaklumkan tentang perlantikan mereka sebagai AJK Kerja, Marshal (bermotorsikal), petugas check point dsb. serta perskripsi tugas masing-masing.

(46) 22/03/09 Program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)


Sebagaimana 3 orang guru pelatih yang telah datang ke sekolah kita sebelum cuti baru-baru ini, kini terdapat 5 orang lagi guru pelatih yang datang untuk mengikuti program yang sama bermula hari ini, 22 Mac hinggalah 27 Mac nanti. Jika baru-baru ini kita didatangi para jejaka kacak dan tampan, kini giliran guru pelatih perempuan pula. Mereka terdiri daripada Nur Idayu bt. Mohd. Yusof (IPGM Kampus Pulau Pinang, Gelugor, Pulau Pinang), Nur Diyana bt. Zakaria dan Nur Laila bt. Makhtar (IPGM Kampus Ipoh, Hulu Kinta, Perak) serta Nik Afifah bt. Nik Abdul Aziz dan Suhaila bt. Mohd. Noor (IPGM Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur).

(45) 3 Pemain Sekolah ke Peringkat Negeri (MSSK)




Pasukan bola sepak sekolah telah menjalani latihan pada setiap petang sejak bulan Februari lagi. Hasil pemilihan yang dibuat oleh para jurulatih handalan iaitu Ust Kamaruzaman b. Awang, Cgu Rozman b. Ibrahim dan Cgu Nik Mohd. Abdul Yakil b. Nik Ismail, 10 orang pelajar telah terpilih ke Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Bawah 12 Tahun, MSSK Cawangan Kota Bharu 3 (QIT Melor) yang diadakan di padang SK Padang Kala, Kota Bharu pada 8 Feb. 09 yang lalu.

Dalam kejohanan tersebut, pasukan SKSM telah mendapat tempat ketiga (Sijil Gangsa). Walau bagaimanapun, 3 orang pemain kita telah terpilih untuk mewaki
li pasukan QIT ke peringkat PPD Kota Bharu dan mendapat tempat pertama (Sijil Emas). Seterusnya, mereka akan mewakili pasukan Kota Bharu Selatan ke peringkat negeri (MSS Kelantan) yang akan diadakan tidak lama lagi. 3 pelajar tersebut ialah Muhammad Abriesyam b. Mohd. Zakir, Muhammad Amin Fakhri b. Mohd. Raddi dan Afiq b. Razli.

Ust Kamaruzaman

Cikgu Nik Yakil

(44) Graf Pelunjuran Pencapaian Peratusan Am UPSR 1993-2008

Pada pendapat tuan-tuan sekalian, apakah nama corak graf di atas? Ia bermula dengan corak zig-zag pada 6 tahun awal tetapi ia berubah pada tahun ke-7 dan tahun-tahun berikutnya. Apakah ini dipanggil corak tsunami atau corak alunan ombak? Atau adakah ia dipanggil corak bukit-bukau? Sila komen.

(43) Graf Pencapaian 5A (Kecemerlangan) UPSR 1993-2008




(42) Geran Peruntukan Guru dan Kelas 2009


(41) 18/03/09 Peperiksaan PTK

Pada pagi ini ramai guru yang akan menduduki peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Semua guru SKSM yang terlibat dengan PTK akan berada di SMKA Melor pada pagi ini. Didoakan semoga semua guru lulus dalam peperiksaan ini. Saya sendiri, alhamdulillah telah lulus kedua-dua kertas bersama Cgu Ainuddin, Cgu Asri dan juga Cgu Rosmaini. Walau bagaimanapun saya terpaksa juga ke SMKA Melor menghantar orang rumah. Selepas beliau selesai menduduki PTK nanti, saya dan famili akan bertolak pulang ke kampung halaman isteri di Selangor. Kepada pembaca blog sekalian, doakanlah semoga kami semua selamat dalam perjalanan pergi dan balik serta kita semua dipermudahkan oleh Allah dalam perjalanan dan apa jua urusan, sama ada di dunia mahupun di akhirat, insyaAllah...

*Blog akan dikemaskini sebaik sahaja pulang ke tanah air nanti... insyaAllah.


What Is PTK?

Under the SSM or Sistem Saraan Malaysia, all civil servants must now sit for and pass the PTK or Penilaian Tahap Kecekapan to qualify for vertical and horizontal salary increments as well as promotions. These exam requires the civil servants to sit for two objective papers covering areas such as the government structure, legal system and General Orders. Questions like whether the subject areas they had to cover and study are reflective of their professional competency and what would be the effects on those who failed this PTK? A pass rate of is frightening and horrifyingly low. How did this happen? Were the questions so fantastically tough, considering that the papers were objective ones? Must be a nightmare for the candidates.


The Rationale for Introducing the PTK


When the New Remuneration Scheme (SSB) was introduced in 1991, civil servants moaned on the way their performance are being appraised saying it's too subjective and exposed to bias. There is some legitimacy to this apprehension because the rewards under SSB, namely static, horizontal or vertical salary increment and promotion, are solely dependent on the heads of department's appraisal and observation. In 2002, the Malaysian Remuneration Scheme (SSM) was introduced to replace SSB with the civil service undergoing changes in the organisational structure toward facilitating and speeding up the decision making process. With the introduction of the SSM, civil servants enjoyed new employment scheme with better emolument, including the basic salary, fixed and variable allowances, and better career prospects and the SSM emphasised on training and quality aspects.The benchmark in appraising the civil servants were also reviewed under SSM with the emphasis on the evaluation conducted by the evaluation panel and the competency shown by the civil servant through Competency Level Assessment (PTK).


Purpose of the PTK

The main purpose of the PTK is to encourage self-development through continuous learning process and implementing the competency based human resources management. The rational in implementing PTK is to ensure civil servants have the knowledge, expertise and positive values in ensuring efficient service delivery. It is also meant to enhance the capability of the civil servants in facing the challenges brought about by globalisation, the nation's competitiveness, the effectiveness in implementing projects and delivering the services in line with the expectation of the people and stakeholders.
The PTK appraisal varies according to the position held by the civil servants and the methodology in use includes the following; essay and multiple choice questions, evaluation during courses, practical, observation, tests or interviews. Other than that, the Competency Evaluation Board can decide a suitable PTK evaluation method including the professional competency test to complement or as a replacement for PTK.


Source;
http://govptk.blogspot.com

(40) Kehilangan Salinan Sijil SPM/PMR/UPSR

Makluman kepada sesiapa yang ingin mendapatkan salinan sijil yang hilang/musnah/tidak dituntut, permohonan boleh dibuat melalui pos atau pergi sendiri ke kaunter sijil Lembaga Peperiksaan Malaysia Aras 1 Blok E 11 Putrajaya.

Permohonan salinan sijil hendaklah disertakan dengan w
ang pos bernilai RM10.00 (atas nama Pengarah Peperiksaan), Surat Akuan Sumpah atau laporan polis tentang kehilangan sijil (hanya untuk permohonan secara pos), sampul surat beralamat sendiri dan bersetem dan alamatkan kepada;

Pengarah Peperiksaan,
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Blok E 11, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya.
(U.P: Unit Pengurusan Maklumat dan Data)

Tempoh proses 4 minggu dari tarik menerima permohonan. Sila layari laman web LPM di http://www.moe.gov.my/lpm/ untuk keterangan lanjut. Salinan sijil hanya diproses di LPM Putrajaya.

(39) 16/03/09 Madihah Dapat 3 Tawaran ke Luar Negara

KOTA BHARU: Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, menerima tiga tawaran biasiswa bagi membolehkannya melanjutkan pengajian dalam bidang Fizik di Asia Barat atau A Level di United Kingdom. Malah, kesempitan hidup keluarganya yang terpaksa tinggal di rumah serba daif mendapat perhatian kerajaan yang bersetuju memberikan sebuah rumah bernilai RM130,000 untuk diduduki mereka sekeluarga. Tawaran biasiswa daripada Petronas, Bank Negara dan Mara itu hadir tepat pada masanya ketika bapa pelajar berkenaan, Nik Mohd Kamal Husin, 41, buntu memikirkan masa depan anaknya untuk melanjutkan pelajaran kerana kesempitan hidup. -BeritaHarian

(38) 12/03/09 Anak Nelayan 20A

KOTA BHARU: “Ayah dan ibu saya bukan orang berada. Ibu bekerja sebagai tukang sapu di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan ayah pula bekerja sebagai nelayan. Ia menjadi tanggungjawab saya untuk membalas budi kedua-dua mereka, selain mahu mengubah nasib keluarga,” kata Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, 18, yang memperoleh keputusan cemerlang 20A termasuk satu 2A dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 yang diumumkan, semalam.

Pelajar Sekolah Maahad Muhammadi (Perempuan) ini berkata, dia bercita-cita melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah dan sentiasa mengamalkan bacaan al-Quran serta solat hajat sebagai petua kejayaannya. Anak jati perkampungan nelayan, Kampung Parang Puting, dekat Pantai Sabak ini, berkata demikian selepas menerima keputusan peperiksaan semalam. -HarianMetro

(37) 12/03/09 Anak Nelayan Dapat 20A Dalam SPM

KOTA BHARU 12 Mac – Seorang anak nelayan, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, mencatat sejarah dalam pencapaian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila memperoleh A dalam 20 mata pelajaran yang diambil. Pelajar Sekolah Menengah Agama Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu yang bercita-cita menjadi ahli fizik itu memperoleh 19 1A dan 1 A2.Dia berusaha mengambil kesemua mata pelajaran itu dengan alasan untuk mencabar keupayaan dirinya sendiri dalam menimba ilmu pengetahuan. - UtusanMalaysia

****

Semoga berita di atas menjadi pendorong bagi kita semua mencapai kejayaan. Jika seorang anak nelayan yang serba kekurangan mampu melakukannya, mengapa tidak kita?

(36) 15/03/09 Ziarah ICT Bekas Pelajar


Empat orang bekas pelajar SKSM (UPSR'08) telah datang berkunjung untuk berbincang tentang pentadbiran laman web Alumni SKSM. Mereka terdiri daripada Muaz b. Mohd. Shakrol Bahadi, Adi Abdul Muiz b. Mohammed, Muhammad Fakhri b. Faisal dan juga Nik Muhammad Hasif b. Ahmad Mokhjamil. Muaz sewaktu di SKSM pernah mewakili sekolah dalam Tilawah al-Quran. Namun sangat ketara kalau saya katakan yang beliau kini merupakan seorang 'computerholic' atau 'computer addict'. Oleh itu, telah saya lantik beliau menjadi moderator yang akan mengambil alih pengurusan laman web alumni (http://groups.yahoo.com/group/srimelor). Dalam kesempatan ini juga, saya sempat menyalin gambar-gambar bekas pelajar SKSM (UPSR'08) untuk kegunaan beliau memajukan laman web. Saya juga sempat bertanya padanya beberapa perkara berkenaan dengan ICT terutama sekali tentang cbox.

(35) Kemesraan Sesama Guru





Siapalah yang tidak tersengih atau sekurang-kurangnya tersenyum 'temewek' melihat gambar di atas... lihatlah betapa akrab dan mesranya hubungan antara guru-guru di sekolah ini. Meskipun sentiasa sibuk dengan pelbagai tugasan namun usikan dan gurau senda sentiasa mengiringi. Sifat sebeginilah yang menjamin kemesraan di kalangan guru-guru.

(34) 06/04/08 Fenomena Halo di Angkasa SKSM




Pada 6 April tahun lalu, warga SKSM pernah digemparkan oleh suatu pemandangan ajaib yang kelihatan di angkasa. Hampir semua guru dan pelajar telah keluar untuk melihat pemandangan aneh tersebut. Pelangi yang pada mulanya kelihatan melengkung secara beransur-ansur membulat melingkungi matahari. Setelah agak lama kekal dalam keadaan tersebut, kemudiannya tepat jam 12 tengah hari pelangi tersebut kian menghilang dan akhirnya kembali seperti sediakala. Subhanallah! Sungguh indah ciptaan Allah!

Kejadian tersebut dikenali sebagai 'Fenomena Halo'.
Teori sains mengatakan Fenomena Solar Halo ini terjadi apabila kandungan jutaan hablur atau kristal ais berbentuk heksagon di atmosfera terbias pada cahaya matahari sehingga membentuk beberapa segmen cahaya yang berlainan seakan-akan pelangi.

Untuk rujukan lanjut sila lawati;
http://ms.wikipedia.org/wiki/Fenomena_halo

(33) Pasukan Nasyid Sekolah: Sejarah & Nostalgia (ii)

Pada tahun 2003, pasukan nasyid sekolah diwakili oleh pelajar-pelajar perempuan. Bilangannya dikurangkan kepada 9 orang sahaja dengan vokalis utamanya Nur Ain bt. Dzulkiflee yang tidak kurang hebatnya. Tahun tersebut menyaksikan nama kumpulan turut berubah menjadi 'Soutus-Sofwa' dengan mendapat Naib Johan di Peringkat PPD untuk melayakkan diri ke Peringkat Negeri di SMU Falahiah, Pasir Pekan (2003).

Soutus-Sofwa 2002-2003 (Solo:Ain)

Pada tahun-tahun berikutnya, pasukan nasyid sekolah dengan vokalis utamanya Nursyazanianis bt. Shafie pernah beberapa kali memenangi pertandingan di peringkat QIT tetapi gagal di peringkat PPD. Syaza menunjukkan minat dalam bidang nasyid sejak dalam Tahun 3 lagi di mana beliau merupakan peserta termuda pada ketika itu. Beliau juga merupakan pemenang Pertandingan Syair Peringkat QIT dan mendapat tempat ketiga di Peringkat PPD. Kali ini, Cikgu Nik sekali lagi terpaksa bermain keyboard walaupun sudah lama pencen dalam bidang tersebut.

Soutus-Sofwa 2004 & 2005 (Solo: Sayaza)

Mulai tahun 2006, suatu pembaharuan telah dilakukan di mana para ahli terdiri daripada 3 pemuzik (dengan hanya 3 jenis alat muzik sahaja dibenarkan) dan 6 orang penasyid. Vokalis utama pada waktu itu ialah Siti Sarah bt. Mohd. Hassan Hilmi. Sarah merupakan adik kepada Aliff yang pernah menjadi vokalis utama nasyid (1999-2001). Beliau juga telah memenangi Pertandingan Bintang Kecil Peringkat QIT pada tahun 2008 dan tempat kedua di Peringkat PPD.

Siti Sarah

Jika dulu, pasukan nasyid sekolah tidak bermain apa-apa alat muzik, namun seiring dengan perkembangan masa dan syarat terbaru, sekolah kita tidak ketinggalan. Pasukan kita pada mulanya hanya bermain alat bongo, tamborin dan maracas tetapi mulai tahun 2009, alat muzik pasukan kita telah diubah kepada bongo, conga dan shaker. Memandangkan saya tidak mempunyai kemahiran bermain alat perkusi terutamanya bongo dan conga, maka jurulatih luar terpaksa diimport iaitu dari kalangan bekas pelajar (juga bekas ahli kumpulan nasyid) sekolah ini yang kini aktif bernasyid di sekolah mereka (SMKA Melor, Padang Raja).

Soutus-Sofwa 2006 (Solo: Sarah)


Soutus-Sofwa 2007 (Solo:Sarah)

Soutus-Sofwa 2008 (Solo: Sarah)

(32) Pasukan Nasyid Sekolah: Sejarah & Nostalgia (i)

Pada tahun 1998, iaitu tahun pertama saya menjejakkan kaki di sekolah ini, pasukan nasyid sekolah ketika itu dibimbing oleh Ust Hjh. Zaziah, Ust Zakiah (allahyarhamah) dan beberapa orang guru lain. Kumpulan tersebut dianggotai oleh 15 pelajar perempuan berbaju kuning bintik merah dengan vokal solonya Wan Amalina bt. Wan Aziz (yang kemudiannya bertukar ke SK Kem). Pada tahun berikutnya, saya pula telah diberi kepercayaan untuk melatih kumpulan nasyid sekolah. Memandangkan pada ketika itu terdapat seorang pelajar lelaki bersuara emas iaitu Mohd. Aliff b. Hj. Hassan Hilmi, maka pasukan tersebut kemudiannya diwakili oleh pelajar-pelajar lelaki pula dan dinamakan 'Soutul Haq'.

Soutul-Haq 1999 (Solo: Aliff)

Suara Mohd. Aliff memang 'gifted' sehingga ramai yang berkata suaranya meremangkan bulu roma. Bakat beliau mula dicungkil sejak beliau berada di Tahun 2 dan 3 lagi apabila sering dijemput untuk mempersembahkan syair pada hari-hari upacara sekolah. Malah, suatu peristiwa aneh pernah berlaku sewaktu pertandingan di peringkat QIT, kalau tak salah saya di SK Raja Abdullah, saya terlihat Tn. Hj. Abdullah Zawawi (PK1 ketika itu) menitiskan air mata sewaktu Aliff memperdengarkan suaranya. Saya tidak pula berasa hairan atau pelik pada waktu itu kerana saya sendiri merasa syahdu (walaupun tidak sampai ke peringkat 'tangkap leleh'). Sangkaan saya hanya kami berdua sahaja yang berperasaan sedemikian tetapi rupa-rupanya silap. Ramai lagi guru lain yang merasai perasaan yang sama, malah penonton-penonton lain turut terpegun mendengar suaranya. Keadaan serupa berlaku di peringkat PPD dan juga negeri.

Sewaktu pertandingan di SMK Pangkal Meleret, keadaan yang hingar-bingar dan hiruk-pikuk tiba-tiba senyap..... Senyap digg! Waktu itu semua tumpuan diberikan kepada persembahan nasyid sekolah kita. Saya terdengar satu suara dari seorang penonton berkata, "Ddiri bulu roma wehh soro budok nih!" Begitulah hebatnya bakat yang ada padanya. Selain aktif dalam nasyid, Aliff turut menyertai pertandingan syair. Saya telah diminta untuk bermain keyboard bagi mengiringi Aliff di Pertandingan Syair di Peringkat QIT, Peringkat PPD dan akhir sekali muncul Johan dalam Pertandingan Syair Peringkat Negeri Kelantan yang berlangsung di Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN), Pengkalan Chepa atau kini dikenali sebagai Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN). Mungkin tidak ada seorang pun yang menyedari, intro yang saya gunakan untuk iringan syair Aliff adalah dari lagu 'Apa Khabar Sayang' (Sweet Charity)!

Soutul Haq 2000 - 2001 (Solo: Aliff)

Berbalik kepada pasukan 'Soutul Haq' itu tadi, walaupun hanya berjaya mendapat tempat ke-3 di Peringkat QIT pada tahun tersebut, namun menyedari bakat besar yang ada pada kita, maka latihan dibuat dengan lebih intensif. Pada tahun 2000, kita telah mendapat Johan QIT, Naib Johan di Peringkat PPD seterusnya layak ke Peringkat Negeri Kelantan yang mana pertandingan diadakan di SMS Tg. Muhammad Faris Petra, Pengkalan Chepa. Walaupun hanya mendapat tempat ketiga, namun kita sedar untuk sampai ke peringkat negeri bukanlah suatu perkara yang mudah.

Seterusnya pada tahun 2001, kita tidak lagi menoleh ke belakang. Kita mendapat Johan Peringkat QIT, Johan di Peringkat PPD dan sekali lagi layak ke Peringkat Negeri Kelantan yang diadakan bertempat di SMK Pangkal Meleret, Machang. Kali ini, kita amat yakin akan mendapat Johan Negeri, namun takdir mengatasi segalanya. Keputusan para hakim adalah muktamad. Kita dipaksa berpuas hati dengan mendapat Naib Johan. Begitulah sejarah kegemilangan pasukan nasyid ketika itu.


(31) 10/03/09 Pasukan Nasyid 2009: Soutul-Hikmah



Festival Nasyid Peringkat QIT Melor akan diadakan pada hari Khamis, 12 Mac nanti bertempat di SK Raja Abdullah. Pasukan sekolah kita, insyaAllah akan turut sama bertanding dengan membawa 2 buah lagu iaitu lagu tema, 'Aqidah Membentuk Jati Diri Cemerlang' dan lagu kedua 'Mari Berjemaah' yang menyeru agar kita semua sentiasa bersolat secara berjemaah.

Pasukan nasyid pada tahun ini disertai oleh 10 orang pelajar lelaki Tahun 5 dengan membawa nama 'Soutul-Hikmah';

Pengurus : Ust Zaiton bt. Yusoff & Ust Arija Wardati bt. Abd. Rahman

Jurulatih :
Cgu Nik Azhar b. Nik Mustafa

Vokalis Utama :
Tuan Zulqarnain b. Tuan Ramli

Ahli :
Ikmal Aliff b. Mohd. Asri, Muhammad Afiq b. Dzulkefle, Mohammad Izzuddin b. Hasan Basri, Ahmad Idham b. Abdul Hamid & Muhammad Irfan b.Hj. Sauti

Muzik Bongo :
Helmi b. Che Hasni

Muzik Conga :
Muhamad Qamarul Arief b. Hazani

Muzik Tamborine/Shaker : Wan Muhammad Fadhli b. Wan Fauzi

Ahli Simpanan : Muhamad Syaqir Irfan b. Mohd. Nasir

Walaupun pasukan ini baru sahaja ditubuhkan 3 minggu yang lalu, namun hasil kerja keras semua pihak maka pasukan ini semakin mantap meskipun masih terdapat banyak ruang yang boleh dimurnikan lagi. Kita juga berharap agar pasukan ini mampu menempa sejarah sepertimana pasukan nasyid kita sebelum ini yang pernah melayakkan diri sebanyak 3 kali ke peringkat negeri.

*****

Berita terkini: Pertandingan telah diadakan pada 12 Mac. Pasukan nasyid SKSM hanya berjaya mendapat Naib Johan. Alhamdulillaah. Kita pun tak menyangka kerana semuanya berlaku dalam masa 3 minggu sahaja, bermula dari pencarian ahli, mencari lagu, membeli alat muzik, melatih, dsb. Lagipun kehebatan pasukan dari SK Melor juga agak ketara. Walau bagaimanapun SK Melor hanya mendapat tempat ketiga. Muziknya bagus, vokal solonya sangat bagus tetapi lagu pertamanya tidak berentak padang pasir (masri). Itu yang silapnya. Johan pertandingan, SK Chengal juga ketara pada vokal solonya. Walaupun layak ke peringkat PPD namun masih terlalu banyak yang perlu diperbaiki terutama sekali dalam permainan alat muzik. Kelemahan pasukan kita pula paling ketara pada vokal ramai yang tenggelam tak timbul-timbul. Boleh pula tu, masa tengah syok2 nyanyi, kaki mikrofon tiba-tiba lembik jatuh berhadapan dengan lutut peserta. Tiada petugas yang ke hadapan untuk membaiki. Saya? Saya hakim, mana boleh tolong-tolong! Buat dekk aje laa....

(30) 10/03/09 Program Pengalaman Berasaskan Sekolah

Seramai 3 orang guru pelatih telah datang ke sekolah ini untuk mengikuti Program Pengalaman Berasaskan Sekolah selama 5 hari bermula 9 Mac hingga 13 Mac. Ketiga-tiga mereka kini sedang mengikuti Kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan Januari 2008 di mana Ahmad Zakir b. Mohd. Amin dari Institut Perguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah manakala Muhamad Syazwan b. Halim dan Husni Mohamad Syahir b. Taib dari Institut Perguruan Islam Selangor, Bangi, Selangor.

Mereka berada di sekolah ini untuk melaksanakan tugasan yang berkaitan dengan mata pelajaran elektif mereka sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak institut dan tidak terlibat dengan sebarang pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.




Selepas sekolah bercuti selama seminggu nanti, seramai 3 orang guru pelatih lagi akan datang ke sekolah ini untuk mengikuti program yang sama bermula 23 Mac hingga 27 Mac. Mereka ialah Nur Idayu bt. Mohd. Yusof dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pulau Pinang, Gelugor, Pulau Pinang serta Nur Diyana bt. Zakaria dan Nur Laila bt. Makhtar dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh, Hulu Kinta, Perak.