Sebagaimana tahun-tahun lalu, ramai pengguna aplikasi e-Filing LHDNM iaitu suatu kaedah penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan elektronik melalui internet, menjadi sibuk dan kelam kabut menjelang tarikh akhir penghantaran borang. Pada tahun ini, tarikh akhirnya ialah pada 30 April 2009. Oleh kerana penggunaan e-Filing boleh di'log-in' dari mana-mana sahaja bagi membantu pembayar cukai mengisi, mengira dan menghantar Borang Nyata, maka saya tidak terlepas daripada permintaan rakan-rakan untuk membantu melaksanakannya. Walau bagaimanapun, saya pada kali ini ingin memohon berbanyak maaf jika tidak dapat menunaikan hasrat kawan-kawan sekalian memandangkan minggu ini merupakan minggu yang paling sibuk bagi saya.
Pada minggu ini saya kena siapkan buku program Merentas Desa. Pada minggu ini juga saya nak kena buat buku program Maulidur Rasul. Lepas tu kena buat persediaan Makmal Komputer untuk LDP hari Sabtu ni. Sedangkan masa hanya tinggal 2 hari sahaja lagi. Besok, Selasa saya tak boleh buat apa-apa kerana menjadi Hakim Pertandingan Nasyid QIT Ketereh (sekolah menengah) di SMKA Melor. Jadi, saya minta maaf banyak-banyak kalau tak dapat membantu. Jangan kecil hati, jangan ambil hati dan jangan terasa hati. Kalau saya buat juga nanti, kerja saya tak siap, siapa nak tolong? Tapi kalau minggu depan, mungkin boleh kot, insyaAllah. Bukan apa, walaupun nak buat benda tu sekejap saja, tapi oleh kerana ia datang sekali setahun, saya pun menjadi kekok dan kena belajar dan tengok balik macam mana nak mengisinya. Dan yang paling kelakar, walaupun ramai rakan yang dapat saya bantu pada tahun lepas, tapi saya sendiri buat kat LHDN Kota Bharu dengan bantuan para pegawai di sana.... Masa tu kaunter dibuka pada waktu malam - tak kelakar ke?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan