(51) Berkenalan Dengan Nik Abdul Qayyum


Nik Abdul Qayyum memperdengarkan bacaan

Seorang murid prasekolah, Nik Abdul Qayyum telah diminta membacakan hafazan surah Yasin sebagai selingan sementara menunggu keputusan hakim bagi acara pertandingan azan dan pertandingan hafazan sempena sambutan Maulidur Rasul hari ini. Agak menarik kerana penampilannya yang bersahaja sewaktu mengalunkan bacaan.

Bersama abangnya, Nik Abdul Hafeez

Nik Abdul Qayyum merupakan anak ke-5 daripada 7 orang adik-beradik, kini berusia 6 tahun dan sedang belajar di Prasekolah di SK Melor. Beliau telah khatam al-Quran kira-kira 2 bulan yang lalu bersama-sama abangnya, Nik Abdul Hafeez (8 tahun). Mereka mengaji di bawah ajaran ummi dan abah mereka di rumah dan telah menghafaz ayat-ayat lazim dan beberapa surah lain seperti an-Naba'a dan an-Nazi'aat. Kini Nik Abdul Qayyum sedang menghafaz surah Yasin. Beliau turut mendapat bimbingan daripada Ustaz Ridzwan dari SK Melor.

Menurut Nik Abdul Qayyum, beliau menjadikan abang sulungnya, Nik Abdul Hakeem yang sedang menuntut di Maahad Tahfiz Sains sebagai idola dalam bidang hafazan dan bercita-cita untuk menjadi doktor yang hafiz apabila dewasa kelak.

Penolong Kanan 1, Tn. Hj. Zakaria menyampaikan cenderahati

Ketika dijemput membaca al-Quran di SK Melor sempena
sambutan maulud di sekolah itu semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan