Sambutan Maulidur Rasul disambut pagi ini dengan temanya "Wahdah Khairu Ummah". Program dimulakan dengan bacaan al-Quran oleh Mohd. Faris b. Mohd. Hanizan yang telah muncul sebagai Johan Pertandingan Tilawah al-Quran QIT Melor baru-baru ini. Berikutnya, ucapan alu-aluan oleh Tuan Guru Besar, En. Ismail b. Ibrahim disusuli dengan ceramah mawalid oleh Ustazah Rosnani bt. Mohamad, Penolong Pegawai Dakwah dan Kepimpinan, Unit Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan. Selepas penyampaian cenderahati, semua warga SKSM bangun berselawat dengan perasaan penuh kasih terhadap Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Di samping mengekalkan ingatan kita umat akhir zaman terhadap Rasulullah, kita juga dapat mengenang, menghargai dan mengambil iktibar terhadap kisah suka duka perjuangan Rasulullah seterusnya menambahkan lagi perasaan cinta kasih terhadap baginda.
Selesai acara di dataran bendera, warga SKSM kemudian berkumpul, beratur seterusnya berarak di kawasan kampung sambil berselawat dengan penuh bersemangat. Kemudian, selepas berehat seketika, murid-murid Tahap 1 masuk ke kelas untuk mengikuti Kuiz Pendidikan Islam, Kuiz bahasa Arab dan peraduan mewarna manakala murid Tahap 2 mengikuti acara dewan. Acara dimulakan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan Soutul-Hikmah, Naib Johan Festival Nasyid QIT Melor 2009 diikuti dengan pertandingan azan dan persembahan dikir barat dalam Bahasa Arab. Akhir sekali, warga SKSM dihidangkan dengan jamuan tengah hari. Majlis berakhir pada jam 12:00pm.
Para guru turut berselawat bersama murid-muridBerarak sambil berselawat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan