(38) 12/03/09 Anak Nelayan 20A

KOTA BHARU: “Ayah dan ibu saya bukan orang berada. Ibu bekerja sebagai tukang sapu di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan ayah pula bekerja sebagai nelayan. Ia menjadi tanggungjawab saya untuk membalas budi kedua-dua mereka, selain mahu mengubah nasib keluarga,” kata Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, 18, yang memperoleh keputusan cemerlang 20A termasuk satu 2A dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 yang diumumkan, semalam.

Pelajar Sekolah Maahad Muhammadi (Perempuan) ini berkata, dia bercita-cita melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah dan sentiasa mengamalkan bacaan al-Quran serta solat hajat sebagai petua kejayaannya. Anak jati perkampungan nelayan, Kampung Parang Puting, dekat Pantai Sabak ini, berkata demikian selepas menerima keputusan peperiksaan semalam. -HarianMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan