(31) 10/03/09 Pasukan Nasyid 2009: Soutul-Hikmah



Festival Nasyid Peringkat QIT Melor akan diadakan pada hari Khamis, 12 Mac nanti bertempat di SK Raja Abdullah. Pasukan sekolah kita, insyaAllah akan turut sama bertanding dengan membawa 2 buah lagu iaitu lagu tema, 'Aqidah Membentuk Jati Diri Cemerlang' dan lagu kedua 'Mari Berjemaah' yang menyeru agar kita semua sentiasa bersolat secara berjemaah.

Pasukan nasyid pada tahun ini disertai oleh 10 orang pelajar lelaki Tahun 5 dengan membawa nama 'Soutul-Hikmah';

Pengurus : Ust Zaiton bt. Yusoff & Ust Arija Wardati bt. Abd. Rahman

Jurulatih :
Cgu Nik Azhar b. Nik Mustafa

Vokalis Utama :
Tuan Zulqarnain b. Tuan Ramli

Ahli :
Ikmal Aliff b. Mohd. Asri, Muhammad Afiq b. Dzulkefle, Mohammad Izzuddin b. Hasan Basri, Ahmad Idham b. Abdul Hamid & Muhammad Irfan b.Hj. Sauti

Muzik Bongo :
Helmi b. Che Hasni

Muzik Conga :
Muhamad Qamarul Arief b. Hazani

Muzik Tamborine/Shaker : Wan Muhammad Fadhli b. Wan Fauzi

Ahli Simpanan : Muhamad Syaqir Irfan b. Mohd. Nasir

Walaupun pasukan ini baru sahaja ditubuhkan 3 minggu yang lalu, namun hasil kerja keras semua pihak maka pasukan ini semakin mantap meskipun masih terdapat banyak ruang yang boleh dimurnikan lagi. Kita juga berharap agar pasukan ini mampu menempa sejarah sepertimana pasukan nasyid kita sebelum ini yang pernah melayakkan diri sebanyak 3 kali ke peringkat negeri.

*****

Berita terkini: Pertandingan telah diadakan pada 12 Mac. Pasukan nasyid SKSM hanya berjaya mendapat Naib Johan. Alhamdulillaah. Kita pun tak menyangka kerana semuanya berlaku dalam masa 3 minggu sahaja, bermula dari pencarian ahli, mencari lagu, membeli alat muzik, melatih, dsb. Lagipun kehebatan pasukan dari SK Melor juga agak ketara. Walau bagaimanapun SK Melor hanya mendapat tempat ketiga. Muziknya bagus, vokal solonya sangat bagus tetapi lagu pertamanya tidak berentak padang pasir (masri). Itu yang silapnya. Johan pertandingan, SK Chengal juga ketara pada vokal solonya. Walaupun layak ke peringkat PPD namun masih terlalu banyak yang perlu diperbaiki terutama sekali dalam permainan alat muzik. Kelemahan pasukan kita pula paling ketara pada vokal ramai yang tenggelam tak timbul-timbul. Boleh pula tu, masa tengah syok2 nyanyi, kaki mikrofon tiba-tiba lembik jatuh berhadapan dengan lutut peserta. Tiada petugas yang ke hadapan untuk membaiki. Saya? Saya hakim, mana boleh tolong-tolong! Buat dekk aje laa....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan