(84) Kismis


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

Nabi Muhammad SAW bersabda lagi: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, mengelokkan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji
kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi. Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".

Pada riwayat lain, dari Abi Ja'far At-Thusi disebutkan
bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa.

(83) Kurma

Sabda Rasulullah s.a.w; "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin
Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan
buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah di mana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Kita tidak perlu risau atau takut diserang kencing manis. Buah kurma tidak membahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

Nabi Muhammad s.a.w juga bersabda: "Berilah makanan kurma kepada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".

Imam Ja'far As-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

Wallahu a'lam.

(82) Ibu Cgu Suria Kemalangan


Pada hari Khamis,09 April kelmarin, Cgu Suria dikejutkan dengan satu panggilan. Berita diterima, ibu Cgu Suria mendapat kemalangan dilanggar sebuah van di Jalan Pengkalan Chepa. Walaupun telah sedar dari pengsan, beliau kini masih dirawat di hospital ekoran kakinya patah dan terdapat pendarahan di kepala. Kepada mana-mana guru yang berkesempatan bolehlah menziarahi beliau di Wad 28, Hospital Raja Perempuan Zainab (II). Kita doakan semoga ibu Cgu Suria segera sembuh, insyaAllah.

(81) Kisah Sedih

Al-Fatihah... Akhirnya Dia Menghadap Penciptanya

Setelah bertarung dengan penyakit yang secara purata penghidapnya hanya dapat bertahan setakat 2 minggu selepas dilahirkan (hypophosphatasia - komplikasi dengan kandungan kalsium dalam tulang belakang), akhirnya perjuangan Alesha Abriza, satu-satunya permata hatiku berakhir sebaik sahaja azan subuh 13 Mei 2006 (15 Rabiulakhir 1427) berakhir. Pada subuh itu, genap usianya 150 hari di muka bumi ini. Dari jumlah itu, hanya 2 hari beliau berada di sisi kami di rumah dan selebihnya di wad NICU Hospital Putrajaya dan Hospital Seremban. Alesha tetap memberikan senyuman kepada kami di saat-saat akhir kehidupannya. Beliau tidak pernah menyusahkan kami malahan doktor dan jururawat yang merawatnya.

Di malam terakhir hayatnya, Alesha langsung tidak menganggu kami. Sepanjang malam itu, Alesha tidur dengan amannya. Pada pukul 4.40 pagi, Alesha mulai menunjukkan tanda-tanda akan meninggalkan kami selamanya. Tubuh badannya mulai membiru dan menjadi sejuk. Pihak hospital memberikan ruang kepada kami anak beranak untuk bersendirian. Kami bertiga, Alesha, isteriku dan aku sendiri berpelukan dan membisikkan kalimah tauhid di telinganya. Sejenak sebelum Alesha menghembuskan nafasnya, azan subuh berkumandang. Isteriku memohon pada Alesha, katanya: "Lesha, sebelum pergi senyumlah pada mama... mama dan papa redha Alesha pergi... senyumlah sayang". Kata-kata itu menjadi tangkal bagi saya selama-lamanya. Seolah-olahnya Alesha Abriza faham akan permintaan dari ibunya itu, Alesha menoleh pada ibunya, memberikan sekuntum senyuman yang paling manis buat ibunya, jelas juga kelihatan setitik air matanya mengalir di penjuru matanya, sebelum nafas terakhirnya diragut!

Maka sempurnalah sudah rahmat Allah kepada hambaNya pada pagi itu. Impian isteriku untuk memandikan Alesha akhirnya terlaksana jua setelah tidak berkesempatan memandikannya sewaktu hayat Alesha.
Pagi itu, jenazah Alesha dimandikan sendiri oleh ibunya. Sebaik sahaja jenazah Alesha dikapankan, kami telah dibenarkan untuk menciumnya. Sungguh tidak tertahan-tahankan air mataku mengalir ketika mencium dahi kecil Alesha dan membisikkan kata-kata tauhid di telinga arwah serta menyatakan betapa aku terlalu sayangkannya, aku redha pemergiannya dan aku akan terus menganggapnya sebagai anak sulungku selamanya! Sewaktu jenazah disolatkan, ramai yang memohon agar aku sendiri mengimamkan solat jenazah. Namun aku takut tidak termampu nanti untuk membaca ayat-ayat Allah dengan betul mahupun takut tidak termampu untuk membaca doanya kerana terlalu pilu. Aku cuma mampu berdiri di saf hadapan sahaja ketika itu. Bersolatpun dengan cucuran air mata yang tidak tertahan-tahan.

Satu kejadian yang kurasakan istimewa pada masa itu adalah, sebaik imam mengangkat takbir, hujan turun dalam suasana mendung. seakan-akan menangisi pemergian seorang bidadari syurga. Hujan tersebut betul-betul terhenti sebaik sahaja jenazah selamat dikuburkan dan doa arwah selesai dibacakan. Mungkin itu satu petanda rahmat dari Allah untuk bayi yang tidak berdosa itu. Di tanah kuburan, aku sendiri menyempurnakan pengebumian arwah. Aku sendiri menunggu arwah di liang lahad, aku sendiri melonggarkan ikatan kain kafannya, dan aku sendiri membuka penutup mukanya. Saat itu, saat kubuka penutup muka arwah, jelas kelihatan rupa Alesha yang tersenyum. Satu senyuman yang maha indahnya. Muka Alesha juga amat cantik dan berseri-seri. Indah bercahaya rupanya sehinggakan tika aku merapatkan mukanya ke tanah di dalam lubang lahadnya, masih jelas kelihatan cahaya dari mukanya.

Satu lagi peristiwa yang kurasakan agar istimewa berlaku. Tika kuburan selesai ditutup, saat menunggu imam membacakan doa bagi arwah (talkin tidak dibacakan kerana Alesha seorang bayi), jelas kedengaran di telingaku suara seseorang berkata: "Dua bidadari syurga sedang menunggunya... janganlah kamu risau." Suara itu amat jelas kedengaran seolah-olah bercakap kepada semua yang hadir pada masa itu. Selesai pengebumian, saya bertanya pada isteri dan ahli keluarga semuanya tidak mendengarkannya. Semoga, Alesha beroleh rahmat Allah. Saya bersyukur kerana diberikan peluang untuk menjadi seorang ayah, walaupun hanya seketika. Saya berpeluang merasa menjaga isteri ketika mengandung dan berpantang. Semua pengalaman itu telah menjadi rahmat yang tidak terhingga dari Allah. Insyallah, saya masih bersedia untuk mengulanginya. Al-Fatihah untuk Alesha Abriza binti Shamsul (15 Dis 2005 - 13 Mei 2006)

(80) Lawak Petang Khamis: Letter From Singh to Bill Gates

(Forwarded Message)

Dear Mr. Bill Gates,

This letter is from Banta Singh from Punjab. We have bought a computer for our home and we found problems, which I want to bring to your notice;
1. After connecting to internet we planned to open e-mail account and whenever we fill the form in Hotmail in the password column, only ****** appears, but in the rest of the fields whatever we typed appears, but we face this problem only in password field. We checked with hardware vendor Santa Singh and he said that there is no problem in keyboard. Because of this we open the e-mail account with password *****. I request you to check this as we ourselves do not know what the password is.
2. We are unable to enter anything after we click the 'shut down ' button.
3. There is a button 'start' but there is no "stop" button. We request you to check this.
4. We find there is 'Run' in the menu. One of my friend clicked 'run ' has ran upto Amritsar! So, we request you to change that to "sit", so that we can click that by sitting.
5. One doubt is that any 'rescooter' available in system? As I find only 'recycle', but I own a scooter at my home.
6. There is 'Find' button but it is not working properly. My wife lost the door key and we tried a lot for tracing the key with this ' find', but unable to trace. Is it a bug??
7. Every night I am not sleeping as I have to protect my 'mouse' from CAT, So I suggest u to provide one DOG to kill that cat.
8. Please confirm when u are going to give me money for winning 'HEARTS' (playing cards in games) and when are u coming to my home to collect ur money.
9. My child learnt 'Microsoft Word' now he wants to learn 'Microsoft Sentence', so when u will provide that?

Best regards, Banta Singh

(79) Internet Explorer: Basic Tips to Try


In order to use the Internet Explorer (IE) effectively, we have some basic tips for you to try. Ok. let's go now!

1. To extend the window area of the IE, you can make it easy by pressing the F11 key. Then you press it again in order to return the IE to the normal window.
2. Sometimes you want to search a keyword in a long web page that you are surfing. How do you do? Just press Ctrl+F and place the keyword you want.
3. Using Backspace key in your keyboard instead of clicking Back in the IE window.
4. You can close your IE window that you are surfing by Ctrl+W.
5. To see the surfing websites history, Press F4 key to see the URL which you have typed.
6. Press Ctrl+D in order to save the URL which you are surfing. And the URL will be in the Favorites.
7. To send a web page to your friend. Do you know we can send it by email from the IE's tools ? Let you try it, go to File > Send > Page by E-mail...
8. To slide the web page by using the keyboard, try it with the arrow keys. To slide it to the bottom and the top of the web page, try the End and Home key.
9. If you find a picture that you prefer it to be the desktop wallpaper, you can immediately set it, right click on the picture area and select the Set as wallpaper.
10. To slide the web page gradually, you may use the Page up, Page down and Spacebar keys.

Try it !

(78)Warren Buffet's Financial Advice for 2009


We begin this New Year with dampened enthusiasm and dented optimism. Our happiness is diluted and our peace is threatened by the financial illness that has infected our families, organizations and nations. Everyone is desperate to find a remedy that will cure their financial illness and help them recover their financial health. They expect the financial experts to provide them with remedies, forgetting the fact that it is these experts who created this financial mess.

Every new year, I adopt a couple of old maxims as my beacons to guide my future. This self-prescribed therapy has ensured that with each passing year, I grow wiser and not older. This year, I invite you to tap into the financial wisdom of our elders along with me, and become financially wiser.

1. Hard work : All hard work bring a profit, but mere talk leads only to poverty.
2. Laziness : A sleeping lobster is carried away by the water current.
3. Earnings : Never depend on a single source of income (at least make your investments get you second earning)

4. Spending : If you buy things you don't need, you'll soon sell things you need.
5. Savings : Don't save what is left after spending; Spend what is left after saving.
6. Borrowings : The borrower becomes the lender's slave.
7. Accounting : It's no use carrying an umbrella, if your shoes are leaking.
8. Auditing : Beware of little expenses; A small leak can sink a large ship.

9. Risk-taking: Never test the depth of the river with both feet (have an alternate plan ready)
10. Investment: Don't put all your eggs in one basket.

I'm certain that those who have already been practicing these principles remain financially healthy. I'm equally confident that those who resolve to start practicing these principles will quickly regain their financial health.

(77) Misteri Yang Tersingkap


Misteri yang baru tersingkap. Khazanah yang belum dikenali ramai tetapi sudah lama diamalkan di Kelantan. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toksid dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit berbahaya serta dapat menghalang kanser.

Kenyataan ini bagaikan
satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno". Budu berpotensi untuk melawan radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab diare, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi. Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diare kronis ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat. Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B Kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin 12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin yang mana Vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. Ianya perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun. Kadar Vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.

Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2,87 dan 8.05mg bagi setiap 100 gram budu.
Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut. Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon (unsur antioksidan) iaitu daidzein,glisitein dan genistien.

Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi soflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.
Penelitian yang dilakukan di University North Carolina , Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan kanser payudara. Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak.

Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein,serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium.
Satu ujikaji rambang yang dijalankan mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan. Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi,budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat didalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Reserach. Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa hasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan alam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu umpama seteguk air multivitamin yang menyumbang kepada pelbagai keperluan untuk tubuh badan.

Wallahu a'lam...

(76) Guru Data


Inilah dia Guru Data Sekolah, Cgu Mazni Mohamad. Beliaulah yang menguruskan perkara-perkara yang berkaitan dengan data dan maklumat sekolah termasuklah Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan (Emis), pendaftaran Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK), dsb.

(75) Bilik Guru


Beginilah keadaan Bilik Guru SKSM yang sentiasa tersusun rapi. Keadaan sebegini menjanjikan keselesaan para guru untuk berehat melepaskan penat setelah beberapa jam mengajar di kelas. Selain itu, terdapat satu Cafe Corner beserta peti ais untuk guru-guru membasahkan tekak menghilangkan haus.

(74) Ustazah


Gambar menunjukkan sebahagian ustazah-ustazah SKSM. Dari kiri, Ust Zaiton, Ust Armiwati, Ust Nik Azizah, Ust Mazeni, Ust Akmar Madihah dan Ust Azizah. Tiada di dalam gambar : Ust Hjh Zaziah dan Ust Siti Arija Wardati.

(73) Menghormati Azan


Bercerita tentang azan ni, teringat saya kepada 2 orang bekas guru yang pernah mengajar di sekolah ini. Pertama, tentunya Cgu Hasnul Azan (kerana namanya azan) yang kini mengajar di SK Batu Jong. Yang kedua, Cgu Ramit (nama penuh Cgu Abdul Ramit b. Sulaiman) yang berasal dari Sarawak. Sewaktu saya mula-mula datang ke sekolah ini pada tahun 98 dulu saya ditugaskan sebagai guru kelas kepada anak sulungnya, Faris Irham. Apa yang mengingatkan saya tentang beliau ialah suaranya yang merdu sewaktu mengalunkan azan. Waktu itu sekolah menganjurkan kem pra asrama di mana murid-murid calon UPSR bermalam di sekolah. Pada waktu solat, saya jadi imam dan dialah muazzinnya.

OK, kembali kepada azan tadi, tahukah anda bahawa azan yang berkumandang setiap kali masuk waktu solat itu sebenarnya sentiasa berterusan dan bersambungan 24 jam tanpa
henti di seluruh dunia.... Jadi, apakah yang sepatutnya kita lakukan apabila mendengar azan? Sememangnya kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita
ketahui. Cuba kita amati, mengapa kebanyakan orang yang sedang nazak menunggu saat nyawa diambil itu tidak dapat berkata apa-apa? Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya
yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'. Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud;

"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan memohon kepada Allah supaya lidah ini tidak dikelukan semasa nyawa kita dicabut. Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucapkan kalimah "Lailaha illallah..." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin, ya rabbal 'alamin."

(72) Musalla Kita



Musalla ini dibina dan diusahakan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Sri Melor. Sebahagian besar daripada sumbangan jariah adalah daripada ibu bapa dan juga warga SKSM ini sendiri. Cetusan idea pembinaan musalla ini datangnya daripada Yang DiPertua PIBG sekarang iaitu Tn. Hj. Nik Ab. Aziz b. Nik Mahmood yang merupakan Guru Besar sekolah ini pada ketika itu.


Tuan Guru Besar dan YDP PIBG merupakan sahabat
karib sejak sekian lama

(71) Solat Dari Pandangan Sains


Seorang profesor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Menurutnya, tubuh badan kita mengandungi 2 cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti seharian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat sudah tentu banyak tenaga digunakan. Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan ini menyebabkan kita merasa letih dan lesu akibat menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama. Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza-beza dalam solat bertindak sebagai penyeimbang cas-cas dalam badan. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah ini mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan (sama ada negatif atau positif) akan dikeluarkan manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam diri kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat. Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh. Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama. Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran profesor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak. Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud

di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, profesor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam. Sekian, untuk renungan kita bersama

(70) Masuk Islam Kerana Kajian Kulit


Professor Tagata Tagasone, Ketua Jabatan Anatomi dan Embriologi di Universiti of Shiang Mai di Thailand telah mengucap dua kalimah syahadah semasa Persidangan Perubatan Saudi Ke-8 di Riyadh. Dia telah mendapat hidayah apabila diketahui hasil kajian para saintis yang pakar dalam bidang kulit (dermatologi) telah lama diterangkan di dalam al-Quran lebih 1400 tahun yang lalu. Professor Tagasone begitu yakin adalah mustahil ayat al-Quran yang menceritakan secara terperinci mengenai sifat kulit manusia datangnya daripada seorang manusia bernama Muhammad saw. Lalu diberitahu kepada Professor Tagasone bahawa ayat al-Quran itu adalah ayat-ayat Allah s.w.t yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Apakah hasil kajian tersebut sehinggakan seorang saintis dermatologi yang hebat terasa begitu bodoh kerana kajiannya yang dianggap canggih telah terdapat dalam al-Quran? Kajian saintis membuktikan bahawa rasa sakit apabila dibakar badan manusia ini adalah pada sel-sel yang terdapat pada kulit manusia. Apabila kulit manusia terbakar maka sel-sel yang memberi rasa sakit ini akan musnah. Maka manusia tidak akan merasa sakit lagi apabila sel-sel ini terbakar (tetapi manusia akan mati selepas itu).

Jadi kalau di akhirat nanti apabila manusia dibakar dalam api neraka
adakah mereka tidak akan merasa sakit, hanya sakit apabila dibakar kali pertama? Jawapannya ialah ayat al-Quran surah ke-4, ayat ke 56 yang bermaksud;

"Mereka yang menolak ayat-ayat Kami. Kami akan campakkan mereka ke dalam api berkali-kali sehingga kulit mereka terbakar hangus. Kami akan gantikan kulit mereka dengan kulit yang baru supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa, Maha Bijaksana".

Maka beruntunglah Professor Tagasone yang telah memeluk agama Islam dalam keadaan suci , bersih. Sesiapa yang tidak hendak menerima Islam dan mengamalkan segala apa yang terkandung di dalam al-Quran, maka Allah akan pilih orang lain untuk menerima hidayah-Nya.

(69) Penerangan Saintifik Mengapa Diharamkan Makan Babi


Bob: Terangkan kepada saya kenapa orang Islam ni sangat mementingkan dan begitu teliti dengan istilah 'Halal dan Haram'? Apa sebenarnya maksud perkataan-pekataan tersebut?

Yunus:
Halal bermaksud perkara yang dibenarkan dalam Islam manakala haram pula bermaksud perkara yang tidak dibenarkan dalam Islam dan al Quranlah yang telah menggariskan perbezaan diantara kedua-duanya.

Bob:
Bolehkah awak berikan saya contoh?

Yunus: Ya. Islam telah melarang memakan apa jua jenis darah kecuali darah ikan dan belalang. Kamu tentu akan setuju bahawa satu analisis kimia terhadap darah menunjukkan ia mengandungi banyak asid urik iaitu satu bahan kimia yang merbahaya pada kesihatan manusia.

Bob: Kamu benar berkaitan dengan toksid semula jadi yang terkandung di dalam asid urik ini. Di dalam badan manusia, ia digolongkan sebagai bahan kumuh/buangan, malahan kami diberitahu bahawa 98% dari asid urik ini diekstrak/ditapis daripada darah oleh buah pinggang dan dibuang melalui sistem perkumuhan.

Yunus:
SSekarang saya rasa kamu akan dapat merasai betapa beruntungnya satu cara istimewa dalam Islam berkenaan penyembelihan binatang.

Bob:
Apa maksud kamu?

Yunus: Maksudnya, ketajaman pisau, menyembelih dengan menggunakan nama Allah yang Maha Besar, menyembelih pada urat leher, ini semua akan menyebabkan organ-organ penting lain pada haiwan tidak rosak.

Bob: J
adi, kematian pada haiwan adalah melalui cara hilangnya darah secara keseluruhan daripada tubuh haiwan tersebut dan bukannya dengan mencederakan pada organ-organ penting yang lain?

Yunus: Ya, sebagai contoh, sekiranya organ jantung, hati, atau otak retak atau rosak, binatang itu akan mati dengan cepat dan darahnya akan menjadi kental dalam salur darah dan ini secara perlahan lahan akan menyebabkan ia meresap ke dalam daging. Ini akan menyebabkan daging diresapi dan tercemar dengan asid urik menyebabkan ia menjadi amat beracun dan baru sekarang pakar-pakar diet menyedari akan hal ini.

Bob:
Bercakap mengenai makanan ini, kenapa orang Islam menolak untuk memakan daging khinzir atau sebarang makanan yang berkaitan dengannya?

Yunus: S
sebenarnya, ada bahagian daripada al-Quran melarang penggunaan daging khinzir ini. Malah dalam Bible sendiri dalam Leviticus, chapter 11,verse 8, berkaitan dengan daging khinzir ini, kata Bible "Pada daging khinzir itu janganlah kamu makan, dan bangkainya janganlah kamu sentuh, ia adalah tidak bersih untuk kamu. Tahukah juga kamu bahawa seekor khinzir tidak boleh disembelih pada lehernya kerana ia sendiri sebenarnya tidak mempunyai leher jika kita tengok dari anatomi semulajadinya. Bagi orang Muslim sekiranya khinzir itu boleh disembelih dan sesuai untuk keperluan manusia, maka Tuhan tentunya akan menjadikan khinzir itu mempunyai leher. Apapun, tanpa melihat pada semua itu, saya yakin bahawa kamu tentu tahu betapa daging khinzir ini, walau dalam apa jua bentuk pun akan memberikan kesan yang berbahaya.

Bob:
Sains perubatan mendapati bahawa khinzir ini merupakan hos/perumah bagi pelbagai jenis cecacing parasit dan berisiko kepada terhadap pelbagai jenis penyakit.

Yunus:
Ya, malah selain daripada itu sebagaimana kita berbincang mengenai kandungan asid urik dalam darah tadi, didapati khinzir hanya membuang 2% daripada kandungan asid uriknya sebagai bahan kumuhan dan baki 98% lagi akan kekal sebagai sebahagian dari tubuhnya.


"Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka. Barangsiapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat balasan)nya pula. Dan barangsiapa yang yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat balasannya pula."
(al Zalzalah:6-8)

(68) Renungan: Seketul Keju dan Sehelai Tuala Kecil


Seorang gadis datang menemui Rasulullah s.a.w dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket baju. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya. "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?" Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku kepadanya. "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." "Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.

"Aku bermimpi
berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga. Dek kerana kepanasan api neraka itu, peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. "Kemudian kulihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran Islam dan isteri yang taat kepada suaminya." Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya 2 benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil yang pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga Nabi. Ayahku memang terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku, "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama?" Lalu dijawab oleh ayah, "Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia." "Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air menggunakan tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi. Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam. Lalu berkat kebesaran-Nya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Perbanyakkanlah bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun, insyaAllah."

Pengajaran;

Ceritakanlah kepada keluarga dan rakan-rakan semua untuk secebis pedoman agar tidak mengamal sikap bakhil di antara sesama manusia.

(67) Renungan: Wanita Itu Rumput Semalu


Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengaduh kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang
berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek;

1. Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh
diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
2.
Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
3.
Semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
4.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

(66) Brain Damaging Habits


Brain Damaging Habits;
1. No breakfast : People who do not take breakfast are going to have a lower blood sugar level. This leads to an insufficient supply of nutrients to the brain causing brain degeneration.
2. Overeating : It causes hardening of the brain arteries, leading to a decrease in mental power.
3. Smoking : It causes multiple brain shrinkage and may lead to Alzheimer disease.
4. High Sugar consumption : Too much sugar will interrupt the absorption of proteins and nutrients causing malnutrition and may interfere with brain development.
5. Air pollution : The brain is the largest oxygen consumer in our body. Inhaling polluted air decreases the supply of oxygen to the brain, bringing about a decrease in brain efficiency.
6. Sleep deprivation : Sleep allows our brain to rest. Long term deprivation from sleep will accelerate the death of brain cells.
7. Head covered while sleeping : Sleeping with the head covered, increases the concentration of carbon dioxide and decrease concentration of oxygen that may lead to brain damaging effects.
8. Working your brain during illness : Working hard or studying with sickness may lead to a decrease in effectiveness of the brain as well as damage the brain.
9. Lacking in stimulating thoughts : Thinking is the best way to train our brain, lacking in brain stimulation thoughts may cause brain shrinkage.
10. Talking rarely : Intellectual conversations will promote the efficiency of the brain.

(65) The Main Causes of Liver Damage


The main causes of liver damage;
1. Sleeping too late and waking up too late (the main cause).
2. Not urinating in the morning.
3. Too much eating.
4. Skipping breakfast.
5. Consuming too much medication.

6. Consuming too much preservatives, additives, food coloring and artificial sweetener.
7. Consuming unhealthy cooking oil. As much as possible reduce cooking oil use when frying, which includes even the best cooking oils like olive oil. Do not consume fried foods when you are tired, except if the body is very fit.
8. Consuming raw (overly done) foods also add to the burde
n of liver. Veggies should be eaten raw or cooked 3-5 parts. Fried veggies should be finished in one sitting, do not store.

We should prevent this without necessarily spending more. We just have to adopt a good daily lifestyle and eating habits. Maintaining good eating habits and time condition are very important for our bodies to absorb and get rid of unnecessary chemicals according to "schedule."

Because;
1. Evening at 9-11pm : is the time for eliminating unnecessary/toxic chemicals (detoxification) from the antibody system (lymph nodes). This time duration should be spent by relaxing or listening to music. If during this time a housewife is still in an unrelaxed state such as washing the dishes or monitoring children doing their homework, this will have a negative impact on health.
2. Evening at 11pm-1am : is the detoxification process in the liver, and ideally should be done in a deep sleep state.
3. Early morning 1-3 am : detoxification process in the gall, also ideally done in a deep sleep state.
4. Early morning 3-5 am : detoxification in the lungs. Therefore there will sometimes be a severe cough for cough sufferers during this time. Since the detoxification process had reached the respiratory tract, there is no need to take cough medicine so as not to interfere with toxin removal process.
5. Morning 5-7am : detoxification in the colon, you should empty your bowel.
6. Morning 7-9 am : absorption of nutrients in the small intestine, you should be having breakfast at this time. Breakfast should be earlier, before 6:30 am, for those who are sick. Breakfast before 7:30 am is very beneficial to those wanting to stay fit. Those who always skip breakfast, they should change their habits, and it is still better to eat breakfast late until 9-10 am rather than no meal at all.
7. Sleeping so late and waking up too late will disrupt the process of removing unnecessary chemicals. Aside from that, midnight to 4am is the time when the bone marrow produces blood. Therefore, have a good sleep and don't sleep late.

(64) Biodata Ringkas PM


YAB Dato' Seri Hj. Mohd. Najib b. Tun Hj. Abdul Razak dilahirkan pada 23 Julai, 1953 di Kuala Lipis, Pahang. Beliau merupakan anak sulung Perdana Menteri Malaysia ke-2, Tun Abdul Razak Hussein dan Toh Puan Rahah Mohamad Noah. Beliau juga merupakan sepupu kepada Menteri Pelajaran, Datuk Hishamuddin Tun Hussein. Dato' Seri Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-6 bermula 3 April 2009, selain menjawat jawatan Menteri Kewangan I, ahli parlimen Pekan, Pahang dan merupakan bekas Menteri Pertahanan.

Keluarga
Isteri pertama beliau ialah Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar. Bersamanya, beliau mendapat 3 anak manakala dengan isteri kedua sekarang, Datin Seri Rosmah Mansor, beliau mendapat 5 anak iaitu 3 lelaki (Nizar, Nazifuddin dan Norashman) dan 2 perempuan (Puteri Norlisa dan Nooryana Narjawa).

Pendidikan
Dato' Seri Najib mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. John, Kuala Lumpur dan kemudian belajar di Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire, England. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham, England pada tahun 1974.

Kerjaya Politik
Dato' Seri Najib mula menceburkan diri dalam arena politik setelah kematian mengejut bapanya, Tun Abdul Razak Hussein di London pada 14 Januari 1976. Beliau menang tanpa bertanding merebut kerusi Parlimen Pekan ketika berumur 23 tahun dan merupakan ahli parlimen termuda yang pernah dipilih ketika itu. Beliau juga menjadi Timbalan Menteri paling muda apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos pada tahun 1978 ketika berusia 25 tahun. Kemudian, pada tahun 1982 - 1986, beliau menjadi Menteri Besar paling muda dalam sejarah negara apabila dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ketika berumur 29 tahun.

Antara jawatan yang pernah disandang dalam kabinet ialah:
* 1978-1980 - Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos
* 1980-1981 - Timbalan Menteri Pendidikan
* 1981-1982 - Timbalan Menteri Kewangan
* 1982-1986 - Menteri Besar Pahang
* 1986-1987 - Menteri Kebudayaan, Belia & Sukan
* 1990-1995, 1999-2008 - Menteri Pertahanan
* 1995-1999 - Menteri Pendidikan

Najib juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Penternakan (Majuternak) pada tahun 1977-1979. Kepimpinan beliau teruji dan terus diberi tanggungjawab oleh pucuk pimpinan negara. Dalam UMNO, beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan dan ahli EXCO Pemuda UMNO pada 1976. Kemudian beliau dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO mulai tahun 1981. Pada tahun 1982, beliau memenangi kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO tanpa bertanding setelah Datuk Mokhtar Hashim mengosongkan jawatan itu.

Pada 1987, beliau diumumkan sebagai Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO setelah Dato' Seri Anwar Ibrahim bertanding Naib Presiden UMNO. Beliau menjadi ketua pada 25 Mei 1988 setelah UMNO ditubuhkan semula. Pada tahun 1993, beliau bertanding jawatan Naib Presiden UMNO ekoran langkah Dato' Seri Anwar untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Beliau terus mempertahankan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti pada tahun 1993, 1996 dan 2000. Pada 7 Januari 2004, beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

(63) Tun Najib PM Ke-6


KUALA LUMPUR, 3 April — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Tun) yang berundur selepas menerajui negara lebih 5 tahun. Beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara. Segak berbaju Melayu hitam, Najib tiba di Istana Negara diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor memasuki Balairong Seri diikuti Datuk Seri Abdullah dan isteri, Datin Seri Jeanne Abdullah. Kenamaan lain yang turut hadir termasuklah anggota Kabinet, Menteri Besar dan Yang Dipertua Dewan Negara serta Speaker Dewan Rakyat.

(62) Muat Turun IE8 Percuma!


Internet Explorer 8 terbaik utk Yahoo! Lancarkan secara percuma di sini;

Internet Explorer 8

(61) Akrab Rakan Sejawatan


Geli hati melihatkan rakaman foto aksi rakan-rakan saya di atas. Ia seakan-akan ada kesinambungannya dengan posting sebelum ini (sila rujuk Posting No. 35 untuk melihat perkaitan antara kedua-dua foto). Kedua-duanya dapat menggambarkan betapa mesra dan akrabnya hubungan sesama guru di SKSM. Perkataan akrab membawa definisi dekat dan erat, hampir, utuh, damping, rapat, sahabat karib atau rasi yang bermaksud sentiasa bersikap setiakawan atau kekitaan serta sanggup berbaik dengan semua orang. Kita sebagai penjawat awam, hubungan atau kerjasama yang diwujudkan sememangnya perlu bersikap akrab dan mesra, secara meluas serta membawa faedah maksimum kepada organisasi dan perkhidmatan awam. Budaya kerja yang cemerlang mengambil kira berkenaan pembangunan insan berteraskan Islam dan pembangunan insan hanya dapat dikecapi dengan hubungan yang akrab sesama rakan sejawatan.

(60) 60 Minutes Earth Hour 2009

Saya sepatutnya mengetengahkan perkara ini (60 - Earth Hour) sebelum atau pada 28 Mac baru-baru ini. Namun saya teringin sangat nak letakkan tajuk ini pada posting saya yang ke-60. Itulah pasal. Walaupun ianya sudah berlalu, tentu masih ramai yang tertanya-tanya, "Kenapa mesti tutup lampu?" Jadi, kepada yang ingin tahu, inilah masanya untuk kita bertindak dan sedar tentang penggunaan dan pembaziran tenaga yang berlebihan selama ini yang secara tidak langsung memberi kesan terhadap kenaikan suhu dunia. Walaupun hanya 1 jam (60 minit) tanpa lampu namun ianya diharapkan dapat memberi impak di samping menyedarkan kita bagaimana kita menilai sumber tenaga sedia ada. Siapakah yang memulakannya? Kempen ini bermula di kota raya Sydney pada tahun 2007 dan ianya mendapat sokongan dan amat berjaya apabila hampir 2.2 juta rumah dan kedai perniagaan bersama-sama menutup lampu. Setahun kemudian acara ini telah menjadi sebutan di seluruh pelusuk bumi di mana penyertaan berikutnya menjangkau hampir 50 juta orang merangkumi sejumlah 35 buah negara. Seterusnya acara ini diraikan sebagai1 simbol harapan kepada satu perubahan.

Kita hanya menutup lampu selama 60 minit pada 28 Mac baru-baru ini sebagai tanda sokongan. Dalam kegelapan tersebut, mungkin kita telah berfikir betapa sumber tenaga itu seharusnya diguna dengan baik dan bukan untuk dibazirkan.Dengan hanya memerlukan tenaga di hujung jari untuk menutup suis lampu, kita mampu mengubah nasib bumi ini dan membawa harapan baru terhadap masa depan Bumi. Pada asalnya, pada tahun ini, sebanyak 1 billion umat manusia yang bertaburan di lebih 1000 buah kota raya bersama-sama berganding bahu dalam projek global ini menjadikan ia pemangkin yang kita boleh sama-sama mengambil tindakan bersama dalam menangani isu pemanasan suhu dunia yang berlaku sekarang ini. Tindakan tersebut menuntut kerja sama dari semua pihak sama ada orang perseorangan, industri perniagaan dan komuniti setempat. Dari situ kita dapat melihat setiap bangunan yang melatari kaki langit setiap ibu kota dunia bermula dari Asia, Eropah, Afrika dan Amerika bergelap menyahut seruan kempen tersebut. Kita telah memberikan satu sumbangan yang amat besar kepada alam yang menjadi tempat tinggal kita selama ini. Hampir 550 kota di 75 negara menyertai Earth Hour 2009. Jumlah ini menunjukan bahawa semua pihak sudah mula memberi sokongan.

Tahukah Anda?
1> Setiap 1 kWh tenaga elektrik yang kita gunakan bersamaan dengan 0.63 kg karbon dioksida (CO2) dibebaskan ke atmosfera di loji janakuasa elektrik (purata di Semenanjung Malaysia).
2>
CO2 adalah salah satu gas yang menyebabkan Global Warming selain daripada gas methane dan sebagainya. Jadi, apabila kita menutup lampu, kita sebenarnya telah mengurangkan penggunaan tenaga elektrik seterusnya mengurangkan kadar pembebesan gas CO2 ke udara.

Kepada yang berminat mengetahui bangunan-bangunan yang low carbon emission di Malaysia bolehlah layari, di antaranya;
1> Kementerian Tenaga, Air & Komunikasi (LEO Building), http://www.ktak. gov.my/leo
2> Pusat Tenaga Malaysia (PTM ZEO - Towards Zero Energy Office), http://www.ptm. org.my/ptm_ building atau www.savefile. com/projects/ 808653039
3> Suruhanjaya Tenaga (Diamond Building - Based on Malaysia Green Building Index)


Sumber;
Yahoogroup Sahabat Interaktif Malaysia (SIM)

(59) Hari Ini April Fool

Setiap kali menjelang 1 April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya barat. Perayaan April Fools ini sebenarnya mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini kemudiannya diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.

Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemua lelaki dan perempuan serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian dan disambut pada setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol malahan juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fools tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri. Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

Petikan dari risalah Fikrah.