
Kita hanya menutup lampu selama 60 minit pada 28 Mac baru-baru ini sebagai tanda sokongan. Dalam kegelapan tersebut, mungkin kita telah berfikir betapa sumber tenaga itu seharusnya diguna dengan baik dan bukan untuk dibazirkan.Dengan hanya memerlukan tenaga di hujung jari untuk menutup suis lampu, kita mampu mengubah nasib bumi ini dan membawa harapan baru terhadap masa depan Bumi. Pada asalnya, pada tahun ini, sebanyak 1 billion umat manusia yang bertaburan di lebih 1000 buah kota raya bersama-sama berganding bahu dalam projek global ini menjadikan ia pemangkin yang kita boleh sama-sama mengambil tindakan bersama dalam menangani isu pemanasan suhu dunia yang berlaku sekarang ini. Tindakan tersebut menuntut kerja sama dari semua pihak sama ada orang perseorangan, industri perniagaan dan komuniti setempat. Dari situ kita dapat melihat setiap bangunan yang melatari kaki langit setiap ibu kota dunia bermula dari Asia, Eropah, Afrika dan Amerika bergelap menyahut seruan kempen tersebut. Kita telah memberikan satu sumbangan yang amat besar kepada alam yang menjadi tempat tinggal kita selama ini. Hampir 550 kota di 75 negara menyertai Earth Hour 2009. Jumlah ini menunjukan bahawa semua pihak sudah mula memberi sokongan.
1> Setiap 1 kWh tenaga elektrik yang kita gunakan bersamaan dengan 0.63 kg karbon dioksida (CO2) dibebaskan ke atmosfera di loji janakuasa elektrik (purata di Semenanjung Malaysia).
2> CO2 adalah salah satu gas yang menyebabkan Global Warming selain daripada gas methane dan sebagainya. Jadi, apabila kita menutup lampu, kita sebenarnya telah mengurangkan penggunaan tenaga elektrik seterusnya mengurangkan kadar pembebesan gas CO2 ke udara.
Kepada yang berminat mengetahui bangunan-bangunan yang low carbon emission di Malaysia bolehlah layari, di antaranya;
1> Kementerian Tenaga, Air & Komunikasi (LEO Building), http://www.ktak. gov.my/leo
2> Pusat Tenaga Malaysia (PTM ZEO - Towards Zero Energy Office), http://www.ptm. org.my/ptm_ building atau www.savefile. com/projects/ 808653039
3> Suruhanjaya Tenaga (Diamond Building - Based on Malaysia Green Building Index)
Sumber;
Yahoogroup Sahabat Interaktif Malaysia (SIM)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan