(73) Menghormati Azan


Bercerita tentang azan ni, teringat saya kepada 2 orang bekas guru yang pernah mengajar di sekolah ini. Pertama, tentunya Cgu Hasnul Azan (kerana namanya azan) yang kini mengajar di SK Batu Jong. Yang kedua, Cgu Ramit (nama penuh Cgu Abdul Ramit b. Sulaiman) yang berasal dari Sarawak. Sewaktu saya mula-mula datang ke sekolah ini pada tahun 98 dulu saya ditugaskan sebagai guru kelas kepada anak sulungnya, Faris Irham. Apa yang mengingatkan saya tentang beliau ialah suaranya yang merdu sewaktu mengalunkan azan. Waktu itu sekolah menganjurkan kem pra asrama di mana murid-murid calon UPSR bermalam di sekolah. Pada waktu solat, saya jadi imam dan dialah muazzinnya.

OK, kembali kepada azan tadi, tahukah anda bahawa azan yang berkumandang setiap kali masuk waktu solat itu sebenarnya sentiasa berterusan dan bersambungan 24 jam tanpa
henti di seluruh dunia.... Jadi, apakah yang sepatutnya kita lakukan apabila mendengar azan? Sememangnya kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita
ketahui. Cuba kita amati, mengapa kebanyakan orang yang sedang nazak menunggu saat nyawa diambil itu tidak dapat berkata apa-apa? Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya
yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'. Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud;

"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan memohon kepada Allah supaya lidah ini tidak dikelukan semasa nyawa kita dicabut. Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucapkan kalimah "Lailaha illallah..." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin, ya rabbal 'alamin."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan