(63) Tun Najib PM Ke-6


KUALA LUMPUR, 3 April — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Tun) yang berundur selepas menerajui negara lebih 5 tahun. Beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara. Segak berbaju Melayu hitam, Najib tiba di Istana Negara diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor memasuki Balairong Seri diikuti Datuk Seri Abdullah dan isteri, Datin Seri Jeanne Abdullah. Kenamaan lain yang turut hadir termasuklah anggota Kabinet, Menteri Besar dan Yang Dipertua Dewan Negara serta Speaker Dewan Rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan