(61) Akrab Rakan Sejawatan


Geli hati melihatkan rakaman foto aksi rakan-rakan saya di atas. Ia seakan-akan ada kesinambungannya dengan posting sebelum ini (sila rujuk Posting No. 35 untuk melihat perkaitan antara kedua-dua foto). Kedua-duanya dapat menggambarkan betapa mesra dan akrabnya hubungan sesama guru di SKSM. Perkataan akrab membawa definisi dekat dan erat, hampir, utuh, damping, rapat, sahabat karib atau rasi yang bermaksud sentiasa bersikap setiakawan atau kekitaan serta sanggup berbaik dengan semua orang. Kita sebagai penjawat awam, hubungan atau kerjasama yang diwujudkan sememangnya perlu bersikap akrab dan mesra, secara meluas serta membawa faedah maksimum kepada organisasi dan perkhidmatan awam. Budaya kerja yang cemerlang mengambil kira berkenaan pembangunan insan berteraskan Islam dan pembangunan insan hanya dapat dikecapi dengan hubungan yang akrab sesama rakan sejawatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan