(84) Kismis


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

Nabi Muhammad SAW bersabda lagi: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, mengelokkan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji
kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi. Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".

Pada riwayat lain, dari Abi Ja'far At-Thusi disebutkan
bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan