(390) Datanglah Beramai-Ramai ke Mesyuarat Agung PIBG

Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Sri Melor akan mengadakan Mesyuarat Agung tahunannya pada jam 03:00 petang Khamis, 25 Februari 2010 ini. Notis mesyuarat telah dikeluarkan pada 7 Februari lalu dan telah diedarkan bersama-sama dengan borang khas sekiranya ada usul-usul yang ingin dimajukan.

Dalam program tersebut juga akan diadakan penyampaian anugerah kecemerlangan UPSR 2009. Sehubungan dengan itu, semua ibu bapa diminta meluangkan masa menghadirkan diri memandangkan majlis ini merupakan medan terbaik untuk memberi cadangan, bermuafakat, meluahkan rasa tidak puas hati dsb. dengan bersemuka dan berbincang dari hati ke hati dengan pihak PIBG dan pihak sekolah.

3 ulasan:

  1. 28 februari bukan ker hari ahad?
    naper pulak hari khamis?
    Khamis ni 25februari la................

    BalasPadam
  2. 28hb hari ahad la................

    BalasPadam
  3. t/kasih wak atas keprihatinan. kesilapan sudah diperbetulkan. sekali lagi, t/kasih & tahniah atas penganugerahan apc

    BalasPadam