(366) Majlis Aidil Fitri SKSM

[Klik pada gambar untuk melihat gambar dalam saiz besar]



Pada pagi Ahad, 4 Oktober juga diadakan sambutan Aidil Fitri peringkat sekolah yang menyaksikan tumbangnya 2 ekor lembu (sumbangan JASA) untuk dijadikan santapan warga SKSM pada hari itu. Program yang dipengerusikan oleh PK Kokurikulum ini bermula seawal jam 7 apabila para guru & pekerja lelaki menjalankan kerja-kerja penyembelihan dengan diketuai oleh 'Tukang Jemelih' yang tidak kurang masyhurnya, Cgu Asri Harun.



Kemudian, kerja-kerja secara gotong-royong melapah dan menyiang dijayakan oleh para guru. Sambil riuh berceloteh, pisau di tangan bekerja jua. Akhirnya setelah siap, daging diserahkan kepada gabungan tenaga 3 chef tersohor seantero Melor iaitu Cgu Wak Masrof, Ust Hadi & Abe Soh untuk kerja-kerja memasak dengan dibantu oleh awak-awak yang lain yang terdiri daripada guru-guru SKSM serta tenaga pengajar KAFA.



Sementara itu, di dewan di adakan Majlis Khatam al-Quran yang dipimpin oleh Ust Fadhil dan Ust Kamaruzaman. Kemudian, pada waktu tengah hari, dewan yang sama diadakan Majlis Aidil Fitri bersama Pegawai Penerangan, Jabatan Hal Ehwal Khas Negeri Kelantan (JASA). Selain Tuan Guru Besar, turut sama dalm majlis ialah YDP, NYDP dan AJK PIBG. Acara dewan agak terganggu akibat ketiadaan elektrik setelah SKSM dipukul ribut minggu lepas. Mikrofon tak boleh pakai, kipas tak berpusing. Redha aje lah. Walau apapun, tidak lama kemudian, semua dif dan warga Sri Melor dapat menikmati hidangan tengah hari. Murid-murid beratur sambil memgang pinggan masing-masing untuk mendapatkan nasi dan gulai daging. Para guru, guru-guru KAFA dan staf turut menjamu selera di kantin.


3 ulasan:

  1. Tahniah kepada semua warga SK Melor kerana berjaya menjalankan majlis Hari Raya yang boleh dikira cukup meriah. Kami rakan dari SK Taman Dusun Nyior mengucapkan syabas dan selamat hari raya.

    www.sktdn.blogspot.com

    BalasPadam
  2. musibah adalah ujian drpd Allah yg Esa... sabarlah menghadapi ujian itu...
    "sesungguhnya Allah bersama org yg sabar"...

    BalasPadam
  3. Salam
    Selamat Hari raya...
    Best le kalau selalu ada kenduri macam ini kan.

    BalasPadam