(367) Kitar Semula: Fikir Dulu Sebelum Buang

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) telah menjalankan soal selidik mengenai kitar semula bagi mengetahui tahap kesedaran orang ramai dan pandangan awam berkenaan dengan Program Kitar Semula yang dilaksanakan oleh Kerajaan. Soal Selidik Kesedaran Awam Kitar Semula ini dijalankan melalui kaedah pengedaran borang-borang kepada para pelajar sekolah untuk diisi oleh pelajar-pelajar bersama ibu bapa masing-masing. Antara maklumat yang dikaji adalah;
i) pemahaman terhadap aktiviti 3R,
ii) amalan terhadap aktiviti 3R, serta
iii) pandangan tentang program dan aktiviti 3R yang dilaksanakan oleh Kerajaan.



PPSPPA turut menyediakan hadiah-hadiah cabutan bertuah. Semua pelajar yang telah mengisi borang dengan lengkap dan memulangkannya kepada pihak sekolah layak menyertai cabutan bertuah ini. Majlis cabutan bertuah SKSM telah diadakan pada pagi Rabu, 14 Oktober bertempat di Dataran Bendera. Majlis yang diacarakan oleh Cgu Rozman telah menjemput Penyelaras Program, Cgu Hjh. Che Gayah untuk menyampaikan info ringkas tentang 3R. Berikutnya, PK1 dijemput untuk membuat cabutan. Hadiah-hadiah berupa hamper dan peralatan elektrik disampaikan oleh Tuan Guru Besar.


1 ulasan: