(365) Majlis Khatam al-Quran




 
Pada pagi Ahad, 4 Oktober 09 satu majlis khatam al-Quran telah diadakan dengan jayanya di Dewan Sri Melor dengan kerjasama semua guru agama, guru-guru j-Qaf dan guru-guru Kafa. Murid-murid Tahun 5 & 6 yang telah khatam al-Quran telah dipilih untuk menjayakan majlis tersebut. Walaupun tanpa mikrofon atau pembesar suara kerana ketiadaan elektrik akibat tiang elektrik tumbang dan dawainya putus akibat dilanda ribut minggu lepas, namun majlis tetap diteruskan. Bacaan secara ramai telah diketuai oleh Ust Mohd Fadhil & Ust Kamaruzaman. Selesai bacaan ayat-ayat lazim, upacara pengijazahan dilakukan secara simbolik apabila Penolong Kanan HEM membahagikan bunga telur kepada murid-murid terlibat.


 
 
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan