(364) Ribut di Sri Melor

Dalam kejadian ribut semalam, SKSM turut menerima kesannya apabila berlaku beberapa kerosakan, misalnya bumbung Anjung Menunggu yang diangkat oleh angin setinggi  30 kaki sehingga melampaui tiang elektrik. Bumbung tersebut melayang dan jatuh kira-kira 30 kaki dari tempat asalnya, meninggalkan tiang-tiang yang masih setia terpacak. Sewaktu jatuh, ia telah menimpa dawai elektrik dan mendarat di kawasan Dataran Bendera (tapak perhimpunan).



Kita masih boleh menarik nafas lega dengan kejadian tersebut. Walaupun ianya agak dahsyat, namun tiada seorang murid pun yang terlibat. Bayangkan pada waktu itu iaitu jam 03:30 petang, murid-murid Tahun 2 dan 3 baru sahaja keluar untuk pulang apabila kelas KAFA tamat jam 03:15. PAda kebiasannya, kawasan persekitaran dipenuhi oleh anak-anak yang menunggu ketibaan ibu bapa yang datang menjemput mereka. Dengan bumbung sebesar dan seberat itu, pasti sesuatu yang buruk boleh terjadi jika Allah menghendakinya.



Selain bumbung Anjung Menunggu, bumbung 'ardex' kantin dan bumbung Blok A turut terkopak dan pecah serta diterbangkan angin menyebabkan berlakunya kebocoran. Cgu Saufi dengan segera berkejar ke sekolah dan bertungkus lumus menyelamatkan fail-fail dan harta benda lain termasuklah sebuah komputer yang digunakan untuk aktiviti pemulihan yang turut kebasahan.Selain itu, bumbung genting di Blok D, E dan juga Makmal Komputer turut menerima kesan yang sama.Di belakang sekolah, khemah Abe Mi yang menjual keropok, kerepek dan mi berhampiran pintu pagar turut tumbang setelah tiang besinya patah akibat menahan bebanan apabila khemah ditiup angin.



3 ulasan:

  1. saya knal ckgu omar.. =) cgu time kt smkam

    BalasPadam
  2. Salam takziah dari saya dan rakan2 dari sekolah kebangsaan Parit baharu, sabak bernam, selangor...
    Semoga kalian warga sekolah ini tabah menghadapi dugaan Allah ini.

    BalasPadam
  3. terima kasih diucapkan kpd sahabat2 di sk parit baharu atas keprihatinan. smg persaudaraan berkekalan.

    BalasPadam