(354) Rawatan Pergigian di SKSM


Sejak beberapa minggu yang lalu, pasukan perkhidmatan pergigian di sekolah telah berkampung di Bilik Rawatan SKSM. Perkhidmatan pergigian sekolah ini diberi untuk memastikan murid-murid sekolah mempunyai kesihatan mulut yang baik apabila mereka tamat zaman persekolahan.


Jururawat pergigian bertanggungjawab memeriksa dan merawat murid-murid tersebut di bawah penyeliaan dan pengawasan doktor pergigian dengan menggunakan peralatan mudah alih.
Mereka telah menjalankan perkhidmatan penjagaan pergigian asas termasuk pendidikan kesihatan pergigian, pemeriksaan, tampalan, penskaleran dan penggilapan gigi. Walau bagaimanapun, jika rawatan yang kompleks diperlukan, murid-sekolah tersebut akan dirujuk kepada pegawai pergigian atau pakar pergigian.

Terima kasih misi!!! Gigi anak saya pun dah cantik... free pulak tu! Terima kasih, misi. Lain kali datang lagi...

Guano napok pucat lesi tu? Takut ko dik? Alaa, tak sakit. Anggap je macam kena gigit lipan bara. Lipan bara? Issyy, sakit tu... ala, cikgu gurau aje. Memang tak sakit...

1 ulasan: