(353) Senario Bulan Puasa


Antara pemandangan dan pemerhatian ataupun kelainan bulan puasa berbanding bulan-bulan lain ialah kehadiran ke sekolah. Rata-rata warga SKSM datang lebih awal, malah ada yang tiba di sekolah seawal 06:30 pagi. Mana-mana pelajar yang biasanya agak lewat tiba di sekolah kini sampai awal. Pukul 07:00 pagi, garaj kereta guru sudah penuh. Ini tak pernah berlaku pada bulan-bulan lain.


Pada waktu rehat, para pelajar tidak ke kantin. Jadi, ada yang berkunjung ke perpustakaan mencari-cari buku yang ingin dibaca, ada juga yang ke Makmal Komputer melayari internet, tidak kurang yang sekadar melepak di dalam kelas sambil berbual-bual dengan rakan-rakan.


Bila balik dari sekolah, masing-masing keletihan dan ramai yang terus tertidur, malah ada juga yang tidur semasa dalam perjalanan balik lagi. Begitulah sedikit sebanyak senario yang jarang berlaku pada bulan-bulan biasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan