(355) Majlis Restu Ilmu

Majlis hari ini, Ahad 6 September yang sepatutnya berlangsung di dewan telah bertukar lokasi apabila dewan telah disiapkan untuk UPSR. Cuaca redup di Dataran Bendera telah menyaksikan banyak air mata tertumpah tatkala anak-anak murid memohon restu dan doa tulus daripada para guru bagi menduduki UPSR Selasa nanti.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh al-fadhil Ust Kamaruzaman Awang tepat jam 08:15 pagi. Pengacara tersohor, Cgu Suria Ismail kemudiannya menjemput Tuan Guru Besar untuk menyampaikan amanat akhir. En. Ismail Ibrahim selaku Guru Besar SKSM menyatakan harapan tinggi pihak sekolah untuk para pelajar berusaha bagi mencapai keputusan sebagaimana yang disasarkan.

Berikutnya, ucapan guru-guru ketua panitia iaitu Cgu Hjh. Faizah Seman (KP BM), Tcr Nor Aswarz Hj. Muhamed (KP BI), Cgu Hjh. Che Gayah Ibrahim (GB Maths) dan akhir sekali Tcr Aniza Ismail (KP Science). Setiap dari mereka menyampaikan tip-tip terakhir yang merupakan 'buah kilas' sebelum para pejuang turun ke gelanggang.

Akhir sekali, para guru berbaris panjang di hadapan khalayak menerima salam dan pohon restu dari sekalian anak didik. Pada ketika inilah, laksana melepaskan anak pergi berjuang di persada negara, air mata tertumpah jua dengan 1001 macam perasaan bercampur baur - resah, gelisah, bimbang, gembira, sedih, suka, dsb.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan