(32) Pasukan Nasyid Sekolah: Sejarah & Nostalgia (i)

Pada tahun 1998, iaitu tahun pertama saya menjejakkan kaki di sekolah ini, pasukan nasyid sekolah ketika itu dibimbing oleh Ust Hjh. Zaziah, Ust Zakiah (allahyarhamah) dan beberapa orang guru lain. Kumpulan tersebut dianggotai oleh 15 pelajar perempuan berbaju kuning bintik merah dengan vokal solonya Wan Amalina bt. Wan Aziz (yang kemudiannya bertukar ke SK Kem). Pada tahun berikutnya, saya pula telah diberi kepercayaan untuk melatih kumpulan nasyid sekolah. Memandangkan pada ketika itu terdapat seorang pelajar lelaki bersuara emas iaitu Mohd. Aliff b. Hj. Hassan Hilmi, maka pasukan tersebut kemudiannya diwakili oleh pelajar-pelajar lelaki pula dan dinamakan 'Soutul Haq'.

Soutul-Haq 1999 (Solo: Aliff)

Suara Mohd. Aliff memang 'gifted' sehingga ramai yang berkata suaranya meremangkan bulu roma. Bakat beliau mula dicungkil sejak beliau berada di Tahun 2 dan 3 lagi apabila sering dijemput untuk mempersembahkan syair pada hari-hari upacara sekolah. Malah, suatu peristiwa aneh pernah berlaku sewaktu pertandingan di peringkat QIT, kalau tak salah saya di SK Raja Abdullah, saya terlihat Tn. Hj. Abdullah Zawawi (PK1 ketika itu) menitiskan air mata sewaktu Aliff memperdengarkan suaranya. Saya tidak pula berasa hairan atau pelik pada waktu itu kerana saya sendiri merasa syahdu (walaupun tidak sampai ke peringkat 'tangkap leleh'). Sangkaan saya hanya kami berdua sahaja yang berperasaan sedemikian tetapi rupa-rupanya silap. Ramai lagi guru lain yang merasai perasaan yang sama, malah penonton-penonton lain turut terpegun mendengar suaranya. Keadaan serupa berlaku di peringkat PPD dan juga negeri.

Sewaktu pertandingan di SMK Pangkal Meleret, keadaan yang hingar-bingar dan hiruk-pikuk tiba-tiba senyap..... Senyap digg! Waktu itu semua tumpuan diberikan kepada persembahan nasyid sekolah kita. Saya terdengar satu suara dari seorang penonton berkata, "Ddiri bulu roma wehh soro budok nih!" Begitulah hebatnya bakat yang ada padanya. Selain aktif dalam nasyid, Aliff turut menyertai pertandingan syair. Saya telah diminta untuk bermain keyboard bagi mengiringi Aliff di Pertandingan Syair di Peringkat QIT, Peringkat PPD dan akhir sekali muncul Johan dalam Pertandingan Syair Peringkat Negeri Kelantan yang berlangsung di Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN), Pengkalan Chepa atau kini dikenali sebagai Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN). Mungkin tidak ada seorang pun yang menyedari, intro yang saya gunakan untuk iringan syair Aliff adalah dari lagu 'Apa Khabar Sayang' (Sweet Charity)!

Soutul Haq 2000 - 2001 (Solo: Aliff)

Berbalik kepada pasukan 'Soutul Haq' itu tadi, walaupun hanya berjaya mendapat tempat ke-3 di Peringkat QIT pada tahun tersebut, namun menyedari bakat besar yang ada pada kita, maka latihan dibuat dengan lebih intensif. Pada tahun 2000, kita telah mendapat Johan QIT, Naib Johan di Peringkat PPD seterusnya layak ke Peringkat Negeri Kelantan yang mana pertandingan diadakan di SMS Tg. Muhammad Faris Petra, Pengkalan Chepa. Walaupun hanya mendapat tempat ketiga, namun kita sedar untuk sampai ke peringkat negeri bukanlah suatu perkara yang mudah.

Seterusnya pada tahun 2001, kita tidak lagi menoleh ke belakang. Kita mendapat Johan Peringkat QIT, Johan di Peringkat PPD dan sekali lagi layak ke Peringkat Negeri Kelantan yang diadakan bertempat di SMK Pangkal Meleret, Machang. Kali ini, kita amat yakin akan mendapat Johan Negeri, namun takdir mengatasi segalanya. Keputusan para hakim adalah muktamad. Kita dipaksa berpuas hati dengan mendapat Naib Johan. Begitulah sejarah kegemilangan pasukan nasyid ketika itu.


7 ulasan:

  1. kumpulan nasyid sksm mpunyai sejarah yang agak panjang dan gemilang. semoga generasi akan datang akan membuatkan kumpulan ini sesuatu yang disegani di qit melor.

    BalasPadam
  2. Kalu sdra/i anonymous buleh bui nama sebenar baru sedak... li ta'aruf. Ko guano?

    BalasPadam
  3. Seriau berdiri bulu roma baca artikel Ha berkenaan pasukan nasyid sekolah. Di Selangor ni, kalu di peringkat menengah biasanya saban tahun disapu bersih oleh pasukan dari sekolah SMAP Kajang. Mana2 daerah, kalu bertanding di peringkat negeri semasa Majlis Tadarus alQuran (MTQ) sekarang dipanggil Karnival Agama Pendidikan Islam (KAPI) akan berpeluang
    berentap dgn pasukan dari Kajang (Daerah Hulu Langat) tersebut. Mrk ada pelapis, ada pasukan ting.1, ting.2 dan seterusnya hingga ke ting.5. Yg lepasan sekolah pernah buat rakaman. Tak ingat dah kat mana smpan diorang punya MP3 nasyid.

    Satu lagi, amat membanggakan sekali apabila nasyid (atau apa shj program keagamaan) disertai sekali daripada kalangan guru
    bukan opsyen Pendidikan Islam. Sebabnya, ustaz ustazah tidaklah boleh 'disinonimkan' dgn acara nasyid. Bahkan, banyak kejayaan pasukan nasyid apabila melibatkan kalangan guru bukan agama menjadi pengurus/jurulatih, lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai background muzik sebagai opsyen ikhtisas mereka semasa mengikuti latihan perguruan di institusi pendidikan.

    Selain itu juga, penglibatan guru-guru non-pendidikan Islam dlm program nasyid/keagamaan memberi wajah baru dlm arena nasyid peringkat sekolah kerana kepakaran mrk menjadikan irama nasyid dengan warna-warni tersendiri dan tidak hanya terikat dengan irama
    padang pasir semata-mata. Syabas!

    marzuqi

    BalasPadam
  4. Org hok ada background muzik ni xleh lari doh mugo instinct atau nilai apresiasi dia terhdp muzik tinggi. Katakan seorg cgu tu masa mulo2 gi ke sebuah skoloh, dia dgr ore ajar nasyid. Mula2 dia nokwat xtahu jah sbb mungkin toksir masuk capo kijo ore, atau takut dikata nak nunjuk2, so buat2 xtahu jah. Tapi bila kita rasa ada sesuatu yg xkena misalnya tempo, pitch atau apa saja dilakukan secara salah & berulang2 pulok tu, makasa dia rasa xleh duduk. Last2 trpaksa tegur. Last2, bila kita tegur, ore pun wi kkita slaluh!

    Gitu jgk nga komputer. Mungkin masa di skoloh lama mulo dia banyok kijo tlajok. Serba-serbi ore suruh dia. So bila gi skoloh baru, dia tra buat2 x reti. Tapi lama2 bila tertengok ada ore xleh nak selesaikan masalah komputer (yg kdg2 sgt mudah), maka yo tokleh dudok. Terpaksa jugak menonjolkan diri membuat teguran atau tunjuk ajar.

    BalasPadam
  5. heheh 'seorg ckgu 2' ckgu la..

    ingt lg time skolh dlu, ckgu mmg pakar bab2 komputer nie.. lgpn dlu jrg2 sgt ore hok pndai komputer..

    urm.. tetibe rndu plok ngn nasyed skolh dlu.. tahniah ckgu! sbb men'introduce'kn Aliff dulu.. mmg best! time ada event pape msti ada nasyed dan mmg d tunggu sgt2 time tu..

    BalasPadam
  6. kalaulah masa tu kita dah bloeh main alat muzik percussion, tentu lebih hebat lagi...

    BalasPadam
  7. kekAlkan era kegemilangan nasyid sk sri melor..........

    BalasPadam