(381) Guru Kena Bijak Kendali Aktiviti Luar - TPM



GEORGETOWN: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pihak pengurusan sekolah supaya bijak mengendalikan semua aktiviti kokurikulum bagi memastikan keselamatan pelajar terjamin dan mengelakkan sebarang tragedi. Beliau yang juga Menteri Pelajaran selepas melawat keluarga salah seorang mangsa tragedi perahu naga karam semalam menyatakan bahawa kementeriannya sudah menyediakan garis panduan yang perlu dilaksanakan bagi menjalankan aktiviti luar.

Apabila ditanya sama ada guru yang terkorban dalam kemalangan itu, Chin Aik Siang, 28, akan menerima pencen, beliau berkata, ia tertakluk kepada peraturan pencen dan pihaknya akan menyemak perkara berkenaan.

Sumber;
Berita Harian Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan