(380) Mengantuk & Menguap

Salah satu perkara yang sering mengganggu kerja kita adalah 'mengantuk'. Menguap merupakan ciri-ciri orang yang mengantuk. Sebenarnya ia merupakan gangguan syaitan yang menginginkan kita lalai dengan tanggungjawab. Di sini ingin saya kongsikan tips daripada Rasulullah s.a.w untuk menangani gangguan syaitan ketika 'mengantuk' yang menyerang melalui senjatanya 'menguap'.

Sebuah hadis tentang menguap;

الْعُطَاسُ مِنَ اللّهِ , وَالتَّثَاؤُبُ مِنَ الشَّيْطَانِ , فَإِذَا تَثَاءَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَضَعْ يَدَهُ عَلَى فُيْهِ , وَإِذَا قَالَ : آهْ , آهْ , فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَضْحَكُ مِنْ جَوْقِهِ . وَإِنَّ اللّهَ عز جل يُحِبُّ الْعُطَاسَ , وَيَكْرَهُ التَّثَاؤُبَ .

"Bersin itu daripada Allah dan menguap itu daripada syaitan. Jika salah seorang daripada kamu menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya dan jika ia mengatakan `aaah...' maka syaitan tertawa di dalam perutnya. Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap."

(Hadis riwayat at-Tirmidzi)


Rasulullah s.a.w telah memberitahu kita bahawa menguap berasal daripada gangguan syaitan. Oleh itu, apabila kita menguap atau terasa hendak menguap, berusahalah menahannya sedaya upaya kerana sabda Rasulullah s.a.w lagi (maksudnya);

"Apabila salah seorang dari kalian menguap dalam solatnya, hendaklah ia berusaha menahan menguapnya sedaya mampu kerana ia boleh menyebabkan syaitan masuk."
(Hadis riwayat Muslim)

Selain itu, hendaklah kita menutup mulut (sama ada dengan tangan kiri atau kanan, depan atau belakang kerana Rasulullah tidak menetapkan mana-mana bahagian). Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda (maksudnya);

Jika seseorang dari kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka) .”
(Hadis Riwayat Muslim)

Jika terpaksa menguap, elakkan daripada mengeluarkan bunyi, misalnya, "Haaaaaah” kerana apabila seseorang itu menguap sambil mengeluarkan bunyi, maka syaitan akan ketawa. Elakkan juga mengangkat suara ketika menguap. Maka, apabila anda bebas daripada gangguan syaitan, anda pasti dapat melaksanakan tanggungjawab anda dengan cemerlang, insyaAllah.

Wallahu a'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan