(382) Penguasaan Guru dalam ICT Diutamakan - TPM



LONDON 12 Jan. - Malaysia yakin penggunaan ICT dalam proses p&p di sekolah-sekolah mudah dilaksanakan dengan penumpuan kepada penguasaan di kalangan guru-guru. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendedahan melalui kursus berterusan kepada pentadbir sekolah, pengetua dan guru-guru dalam mewujudkan golongan celik komputer telah menunjukkan kesan ketara kepada perkembangan ICT di Malaysia.

Menurutnya, kajian British Commonwealth Group (BCG) 2008 dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi (EPU) berkaitan Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia menunjukkan wujudnya peningkatan kesedaran dan kreativiti di kalangan guru dan murid dalam penguasaan ICT. Makmal komputer telah dibina di 6,633 sekolah. Pusat akses Internet sekolah dengan konsep kafe siber turut diwujudkan bagi kemudahan murid mencari maklumat di 3,029 sekolah di luar bandar.

Menurut beliau yang juga Menteri Pelajaran lagi, gabungan penggunaan ICT dalam sistem pendidikan Malaysia telah memperlihatkan banyak kerjasama antara sektor swasta dan awam dalam membentuk perkongsian pintar. Kini menjadi cabaran kepada guru berperanan sebagai fasilitator bagi memastikan penggunaan ICT yang membawa kepada pelbagai bentuk kemajuan itu dapat dicapai.

Walau bagaimanapun, cabaran yang dihadapi adalah kos yang tinggi dalam melaksanakan ICT terutama ketika negara menghadapi krisis ekonomi tetapi kerajaan mendapat kerjasama baik daripada komuniti sekitar dan sektor swasta dalam menjayakan program ICT di sekolah.


Sumber;
Utusan Malaysia Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan