(383) PTK + BTN

Kali ini saya ingin panjangkan sebuah email yang diterima (dengan sedikit suntingan) yang mengadu tentang masalah yang dihadapi untuk sama-sama kita fikirkan. Walau bagaimanapun saya terlebih dahulu ingin memohon maaf kerana saya sendiri tidak pasti tentang syarat-syarat terbaru kenaikan gaji, adakah benar sebagaimana yang diceriterakan;


Salam,
Sekadar nak luahkan perasaan.

Sebelum ini, dengar-dengarnya, kalau nak naik gaji kita kena lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). PTK ni soalannya senang tapi nak lulus, perghhhhh.... boleh tahan!

Syukur saya dan isteri dah lulus, dan kononnya gaji tahun ini dapatlah kenaikan luar biasa sebagaimana yang dijanjikan. Alih-alih kami dapat tahu kami tak akan dapat kenaikan tu sebab kena ada sijil BTN dulu. Memang malang nasib kami. Sebenarnya kami dah 3 kali menyertai BTN iaitu sebelum masuk maktab dan semasa dalam maktab). Cuma kami tak diberi sijil. Masa tu, HEP kata (kononnya) kalau dah hadir BTN masa kat maktab, nanti tak perlu lagi hadiri BTN bila dah kerja... tapi hampehhhhhh!!!

Sekarang ni anak dah 2 orang. Rasanya dah tak lalu nak hadiri BTN tapi apa nak buat, dah syaratnya begitu, kan? Yang kesiannya isteri saya, macam mana nak pergi kerana anak masih dok melekat di dada lagi. Nampaknya takdelah kenaikan gaji. Sia-sialah kegembiraan dapat 4/4 dalam PTK lalu.

Memanglah, bukan senang orng nak bagi duit, kan? Saya pun bukanlah nak komplen tapi hanya nak kongsi rasa kecewa di hati. Bukan juga saya tak bersyukur dengan gaji yang ada tapi nak juga simpanan untuk hari tua. Dah bertahun-tahun melayan 'keperluan', sesekali nak juga mendapatkan 'kehendak'. Apa nak buat, hidup mesti ada kos lepas, kan ? Bukan semua yang kita nak akan dapat. Kesian mengenangkan si isteri kerana dia la yang banyak membaca sampai ke pagi hari.

4 ulasan:

  1. Maklum tak pasti betul ker tak...

    rasanya kenaikan akan pending... nanti dah gi BTN... dia akan bayar segala tunggakan..... start dari kita lulus PTK...

    BalasPadam
  2. 1) peliknya, kenapa tak dpat lagi sijil BTN dari zaman maktab? KPLI kan? sepatutnya, dalam masa 1 tahun jer... kene jumpe maktab balik, dan kene tanyakan lah.

    2) lepas dapat PTk 4/4, dah boleh guna sijil BTN dari zaman maktab... saya punye, ok... ada jugak dengar dari sekolah lain, kene buat BTN lain!! nonsense!!! dah tu, apa maknanya BTN di Maktab? kalau ada sijil dulu, dah boleh guna dah... hantar jer... kalau takder, ni, masalah...

    3) dan, saya merasakan, meluahkan isi hati bukan bererti tidak bersyukur dengan apa yang ada.. cuma, kita harus mengetahui hak2 kita, dan perjuangkannya, dan bukan mengharapkan orang lain yg memperjuangkannya. .. saya doakan cikgu terus berjuang dan tidak berputus asa.

    4) untuk PTK, ada kaedah nya untuk smart studi... nampaknya berkesanlah untuk saya... walaupun takle cemerlang sangat, tapi, ok lah jugak... ambik dalam 3 kali jugak untuk dapat 4/4. walaupun begitu, cubaan pertama dan kedua, dapat 3/3. khidmat ONLINe web yg kawan2 kita dah upload sangat berguna... google jer... it should be ok...

    selamat maju jaya...

    BalasPadam
  3. Saya lulus PTK pada tahun 2008, BTN pun dah selamat sebelum tu lagi...sampai sekarang belum ada kenaikan...HAMPEH!

    BalasPadam
  4. salam,
    sekadar ingin bkongsi..
    cikgu2 yg sudah hadiri BTN waktu di maktab bole call semula maktab(IPG) untuk tanya ttg sijil BTN/KISSM/INDUKSI. Sbb, kdg2 cikgu x ambil di maktab. Cuba tanya maktab dulu ye? jgn putus asa..:)

    BalasPadam