(378) Betapa Agung Syariat Allah Mengharamkan Babi

(Dipetik dari sebuah email yang diterima)


Memang terkejut melihat dalam tayangan video dalam Youtube mengenai satu ujian yang sangat mudah iaitu dengan mengambil 2 potong daging babi dan diletakkan dalam bekas besi, kemudian dicurahkan air minuman berkarbonat ke atas daging babi itu. Selepas dibiarkan selama 2 jam, kelihatan begitu banyak sekali ulat-ulat kecil merayap keluar dari daging babi itu.

Ada 2 perasaan yang timbul secara spontan;
a) terkejut melihat betapa dahsyat dan jijiknya keadaan daging itu,
b) bangga menjadi Muslim kerana keagungan syariat Allah yang mengharamkan makan daging babi,
c) sesungguhnya al-Quran merupakan kitab petunjuk dari langit dan segala terkandung di dalamnya yang berbentuk perintah wajib kita ikuti dan yang dilarang mesti kita hindari.

Dalam surah al-Maidah, ayat 3 bermaksud:
"Diharamkan bagimu memakan bangkai, darah, daging babi dan daging haiwan yang disembelih bukan atas nama Allah..."

Manakala dalam surah al-An'am ayat 145 bermaksud:
"Katakanlah tidak kudapati di dalam apa yang diwahyukan kepadaku sesuatu yang diharamkan memakannya bagi yang ingin memakannya kecuali daging haiwan yang mati (bangkai), darah yang mengalir, daging babi."

Pengharaman babi di dalam al-Quran sepatutnya dikaitkan dengan wabak dahsyat yang sedang melanda dunia kini, termasuk negara kita Malaysia iaitu H1N1 yang sudah meragut berpuluh nyawa. Subhanallah, Maha Suci Allah yang Maha Mengetahui keburukan apa yang dicipta-Nya. Jika Allah kata tak boleh, sememangnya ia tidak boleh kerana sangat bahaya sama ada pada daging babi itu ataupun akibat daripada jangkitan babi itu sendiri. Malah, satu hasil kajian Barat mendapati babi membawa virus dan sejenis kuman yang tidak mati 'duduk' di dalam genetik babi yang boleh membawa 70 jenis penyakit. Janganlah kita lupa kemarahan Allah terhadap mereka yang melupai peringatan-Nya.



Amat menakutkan akibat dari babi ini, H1N1 berjangkit tanpa henti dengan begitu pantas, hanya bermediumkan udara yang boleh disedut di mana-mana: di pusat membeli-belah, tempat letak kereta, kedai kopi, stadium dan perhimpunan. Ia tidak begitu terasa, tetapi sedar tak sedar ia bergerak begitu pantas. Kita juga tidak berasa takut dan gerun selagi tiada orang terdekat kita yang terkena (na'uzubillah), sekurang-kurangnya kena kuarantin.

Kedahsyatan penyakit H1N1 yang kita sedang hadapi ini baru sebahagian kecil serangan bahaya babi yang Allah sebutkan. Bahaya ini tidak termasuk lagi pengharaman lain yang telah lama dilaknat Allah, tetapi masih berleluasa dalam masyarakat kita yang dilakukan bukan sahaja secara sembunyi lagi, sebaliknya sudah berbangga sambil menunjuk-nunjuk seperti persundalan, dsb. Yang paling menakutkan, kita masih lagi 'pekak' dengan kemurkaan Allah.

Biasanya, apabila dah reda sedikit sesuatu wabak atau bala kita akan lupa semula Allah. Lupa apa yang Allah larang, balik asal buat ingkar. Apabila kena bala baru semua sepakat berdoa Allah, mula rajin solat tetapi apabila sudah sihat lupa lagi Allah. Begitulah kedegilan sebahagian kita. Yakinlah bahawa Islam adalah agama Allah yang benar, memenuhi keperluan fitrah setiap manusia. Oleh itu, pengharaman Islam terhadap babi, arak, zina, rasuah, judi dsb. adalah untuk menjaga maslahat nyawa dan kehidupan manusia seluruhnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan