(377) Sekalung Budi Untuk JKR

Semalam Makmal Komputer SKSM menerima kunjungan daripada 3 kakitangan JKR dari Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Panji untuk memantau dan mengenalpasti pendingin hawa (air conditioner) yang rosak. Mereka adalah En. Mohd. Saiful Hakimi, En. Mohd. Zulfikri Baharudin & En. Che Abdullah Yaacob. Setelah membuat pemeriksaan, mereka berjanji akan datang sekali lagi untuk membaikpulih 'aircond' yang rosak. Peralatan yang dikenalpasti rosak adalah sebanyak 4 buah di tingkat atas, 3 di tingkat bawah dan 1 di bilik 'server'.

Keprihatinan pihak berkenaan telah memberi harapan baru kepada murid-murid yang mengikuti p&p di makmal komputer termasuklah kelas ICTL, PPSMI & perjumpaan Kelab ICT Sekolah. Selama ini murid-murid di dalam makmal yang boleh memuatkan sehingga 40 orang ini agak rimas dan kurang selesa mengikuti aktiviti p&p ekoran bahang cuaca dari luar ditambahkan lagi dengan bahang dari komputer. Mereka tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang diajar.

Selain itu, bahang dalam makmal juga dikhuatiri akan menyebabkan peralatan ICT mudah rosak. Peralatan yang ada termasuklah 42 buah komputer, 1 komputer 'server' dan 2 projektor LCD.

Dengan kehadiran kakitangan JKR semalam, harapan untuk belajar dengan lebih selesa di sini berbunga kembali. Terima kasih kepada pihak pentadbir serta pihak JKR yang prihatin. Sesungguhnya hanya Allah jua yang mampu membalas budi dan jasa baik tuan-tuan sekalian, insyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan