(361) Cuti Raya......... Yeaahhh!!!!!!!

SKSM telah membuat keputusan untuk mengambil cuti peristiwa pada Khamis, 17 September sebagaimana yang dibenarkan oleh pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia. Cuti ini diambil bagi membolehkan ibu bapa dan guru-guru membuat perancangan awal perjalanan keluarga untuk bercuti di kampung halaman masing-masing di samping mengurangkan kesesakan jalan raya. Alhamdulillah, ini bermakna warga SKSM akan bercuti selama 10 hari bermula besok, 17 September hingga Sabtu hingga 26 September nanti.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya keoada semua warga SKSM serta semua yang sudi berkunjung ke laman blog ini. Saya juga ingin memohon ampun dan maaf atas segala salah silap saya selama ini. Mohon dihalal jika ada ter'itu' dan ter'ini'.

Seperti biasa saya akan beraya di kampung laman orang rumah di Sabak Bernam, Selangor. Kami akan bertolak sesudah Subuh pagi Jumaat, 18 September dan insyaAllah akan pulang ke New Castle (Kota Bharu) pada hari raya ketiga. Mohon didoakan agar kami sekeluarga selamat dalam perjalanan, dipermudahkan oleh Allah dalam setiap urusan dan perjalanan.

Kerja-kerja mengemaskini blog akan terhenti selama beberapa hari untuk sambutan Aidil Fitri. Nanti lepas raya kita jumpa lagiiii...... insyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan