360 Kunjungan YDP PIBG

Semalam saya sempat bertemu mata dengan YDP PIBG SKSM iaitu Tn. Hj. Nik Ab. Aziz b. Nik Mahmood yang datang berkunjung ke sekolah. Beliau mengambil kesempatan untuk bertemu dan bertukar-tukar fikiran dengan pihak pentadbir sekolah. Walau bagaimanapun hanya PK HEM, Pn. Hjh. Rusnah bt. Hj. Abdullah yang ada memandangkan Tuan Guru Besar menghadiri taklimat di PPD manakala PK Pentadbiran dan PK Kokurikulum mempunyai urusan lain.

Tn. Hj. Nik Aziz merupakan bekas Guru Besar SKSM (1995-2005). Beliau kelihatan semakin sihat dan ceria dan kini sedang giat menjalankan perusahaan tanaman herba misai kucing. Perusahaan beliau kini telah mendapat tempat di pasaran negara. Kami warga SKSM mendoakan agar beliau sentiasa sihat dan maju dalam bidang yang diceburi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan