(336) Puasa (ii)

(.....sambungan)

Perkara-Perkara Sunat:

-Menyegerakan berbuka
-Melewatkan sahur
-Membaca al-Qur'an
-Berbuka secara ringan dan tidak terlalu berat
-Tidak bercakap perkara yang tidak berfaedah
-Bersolat Tarawih


Perkara-Perkara Membatalkan:
-Keluar air mani dengan sengaja
-Bersetubuh
-Mabuk
-Tidak sedarkan diri
-Bersalin
-Muntah dengan sengaja
-Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan
-Murtad
-Keluar darah haid atau nifas
-Makan, minum dsb. (termasuklah merokok)


Diharuskan Berbuka:

-Sakit yang memudaratkan
-Orang tua yang uzur
-Mengandung atau menyusukan anak (bimbangkan kesihatan diri ibu berkenaan)

-Musafir

Diwajibkan Qada:
-Musafir
-Sakit mudarat
-Haid atau nifas
-Bersalin
-Mengandung atau menyusukan anak
-Bekerja berat (seperti di tengah panas terik, mengangkut beban berat, dsb.


Diwajibkan Fidyah:
-Sakit yang tiada harapan sembuh
-Bekerja berat, uzur

(Fidyah ialah memberi secupak makanan kepada fakir miskin untuk 1 hari puasa yang ditinggalkan)

Diwajibkan Qada & Fidyah:
-Mengandung atau menyusukan anak
-Lewat mengqada puasa sehingga Ramadan berikutnya


Diwajibkan Qada & Kifarah
-Berjimak (suami isteri) pada siang hari Ramadan
(Kifarah dikenakan bagi lelaki sahaja dengan memerdekakan hamba atau berpuasa 2 bulan berturut-turut atau memberi makanan 60 fakir miskin)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan