(337) Puasa (iii)

Perkara Dimaafkan (Makruh):
-Menggosok atau bersugi adalah harus tetapi menjadi makruh selepas gelincir matahari
-
Menyejukkan badan dengan air (seperti mandi)
-Memamah makanan untuk kanak-kanak kecil dengan syarat tidak ditelan
-
Memakai bau-bauan
-Masuk sesuatu ke dalam perut melalui air liur tanpa disedari
-Termakan dengan tidak sengaja
-Bangun pagi dalam keadaan berjunub
-Mengecap makanan dengan lidah (tidak ditelan)

Hikmat Puasa:
-Meninggikan taqwa
-Sihat tubuh badan (misalnya penghadaman)
-Mengurangkan penyakit kronik
-Melatih sifat belas kasihan terhadap golongan miskin
-Menghapuskan hawa nafsu jahat (termasuk syahwat)
-Menghancurkan mazmumah (penyakit hati) sepertt bersangka buruk, mengata, mengumpat, dsb.


Nota:
-Menelan air liur bersih yang tidak bercampur dengan benda lain tidak membatalkan puasa, justeru tidak disarankan meludah merata-rata
-
Menyuntik ubat ke dalam badan tidak membatalkan puasa kecuali berbentuk vitamin atau makanan ataupun cara suntikan yang menolak dan menarik (bagi mencampurkan ubat dan darah) di mana pendapat umum jumhur ulama batal puasanya
-
Menderma darah - pendapat umum jumhur ulama - batal puasanya.
-Jika berjunub atau perempuan habis haid atau nifas waktu malam boleh berpuasa (walaupun lewat mengangkat hadas sehingga terbit matahari)
-
Berbuka puasa dengan sengaja tanpa keuzuran adalah haram
-
Mengata, mengumpat, mengadu domba, memaki, zina pancaindera termasuk mata, berkhayal yang boleh menimbulkan syahwat, dsb. mampu menghilangkan segala pahala puasa (kecuali lapar dan dahaga)
-
Berbuka puasa secara berlebih-lebihan akan menghilangkan hikmah puasa malah ibarat pada siang hari, kita membungkam nafsu, apabila tiba waktu berbuka, kita merajakan nafsu kembali. Sepatutnya kita lebih banyak mensyukuri rezeki dan menghayati maksud puasa yang sebenar.
-Jumhur ulama berpendapat bahawa merokok (menyedut dan menghembus asap) membatalkan puasa!
-Bermimpi jimak dan keluar mani pada siang hari tidak membatalkan puasa tetapi jika berkhayal syahwat sehingga keluar air mani maka batallah puasanya)

9.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan