(335) Puasa (i)


Definisi Puasa:
Menahan diri daripada makan dan minum termasuk perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar sidik sehingga tenggelam matahari.

Kategori Puasa:
-Puasa Fardhu (bulan Ramadan, Puasa Qada' & Nazar)
-Puasa Sunat (puasa enam hari Syawal selepas Hari Raya Aidilfitri, puasa pada hari-hari yang ditetapkan seperti Khamis dan Isnin, dsb.)
-Puasa hari 9-10 Muharram
-Puasa pada hari aman (13-15hb setiap bulan kecuali Zulhijjah)
-Puasa pada hari Nisfu Syaa'ban (sebagai latihan Ramadhan)

Syarat Wajib:
Islam, baligh, mumaiyyiz, berkemampuan

Syarat Sah:
Islam, mumaiyyiz, suci (dari haid dan nifas), berniat, tidak makan dan minum, pada hari yang diharuskan puasa

Rukun Puasa:
-Niat (bagi puasa Wajib), tidak makan dan minum serta tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa bermula fajar sidik hingga tenggelam matahari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan