(334) Bersedekah di Bulan Ramadhan

Salah satu amalan yang digalakkan untuk dilaksanakan dalam bulan Ramadhan ini ialah amalan bersedekah, menderma, berwakaf atau menolong orang lain sama ada secara individu, organisasi atau pihak-pihak yang memerlukan bantuan sama ada dalam bentuk wang, harta benda ataupun perkhidmatan. Amalan bersedekah merupakan amalan dan ibadat yang dituntut dan telah menjadi amalan Rasulullah sepanjang bulan Ramadan kerana amalan ini akan mendapat ganjaran dan rahmat daripada Allah dengan ganjaran yang besar. Baginda pernah bersabda yang bermaksud;

“Sesungguhnya Allah sangat banyak pemberiannya, menyukai banyak pemberian, lagi Maha Pemurah, menyukai kemurahan tangan hamba-hamba-Nya.”

(Riwayat at-Tirmizi dari Saad bin Abi Waqash)

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, barangkali kita mempunyai sedikit sebanyak kemewahan harta, wang ringgit atau mampu menyumbangkan perkhidmatan-perkhidmatan tertentu kepada golongan-golongan yang memerlukan. Amalan atau sikap seperti ini amatlah dituntut sekali dalam Islam.

Orang-orang miskin sama ada di kampung, bandar, rumah-rumah anak yatim, rumah orang tua, rumah kebajikan, badan-badan amal yang banyak di negara ini, kesemuanya amat mengharapkan bantuan, derma sumbangan atau sedekah daripada kita yang berkemampuan. Negara dan penduduk negara ini rata-rata masih hidup mewah, walaupun kita sedang menghadapi zaman kegawatan ekonomi tetapi keadaan ini tidak banyak menyekat atau menjadi satu alasan untuk kita atau orang-orang yang berkemampuan untuk tidak bersedekah atau menderma kepada golongan yang memerlukan.

Kalau kita tidak mampu bersedekah secara banyak, atau dalam kuantiti yang besar, barangkali telah disediakan beberapa pilihan atau kemudahan yang disediakan oleh agensi-agensi tertentu untuk memudahkan kita menyumbang atau beramal jariah.

2 ulasan:

  1. gambar bagi posting ini sangat janggal dengan news yang dipapar. kalau gambar tu ditiadakan lagi baik.

    BalasPadam
  2. t/kasih, puan. saya sgt berbesar hati atas kesudian puan mencatatkan ulasan di sini. teguran puan saya akui benar dan telahpun ditiadakan. t/kasih sekali lg.

    BalasPadam