(330) H1N1: Malaysia Antara Yang Tertinggi

Percaya atau tidak, walau dengan hanya 27 juta penduduk, Malaysia merupakan antara negara yang mencatatkan jumlah kes selesema babi paling tinggi di dunia. Sehingga kini, kita menduduki tempat ke-8 jumlah kematian tertinggi dunia dengan 67 kematian dari 4,225 kes disahkan positif. Sebagai perbandingan, seluruh dunia kini mencatatkan 242,872 kes yang disahkan positif manakala angka kematian telah mencecah seramai 2,267 orang.

Amerika Syarikat mencatatkan jumlah kes positif dan kematian paling tinggi iaitu 46,948 kes dengan 477 kematian, diikuti Argentina, Brazil, Mexico, Australia, Chile, Thailand, Malaysia, Kanada dan Britain. Walau bagaimanapun Jerman (yang mencatatkan kes positif seramai 11,103 orang), Jepun (5,022) dan China (2,350) masing-masing masih belum ada kematian yang dicatatkan.


Dipetik dan disunting dari;
Utusan Online

Artikel asal oleh;
Wan Shahara Ahmad Ghazali

(shahara.ghazali@utusan.com.my)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan