(329) Guru PPSMI Guna BM Akan Dikena Tindakan


Guru yang menggunakan Bahasa Malaysia sepenuhnya untuk mengajar Sains dan Matematik akan dikenakan tindakan memandangkan pemansuhan dasar PPSMI hanya akan berkuatkuasa sepenuhnya pada 2012. Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, PPSMI masih digunakan hingga tempoh yang ditetapkan selaras dengan keputusan Kabinet baru-baru ini.

Tindakan akan diambil terhadap guru yang melanggar dasar PPSMI dan pada masa yang sama, pengetua atau guru besar dikehendaki memantau serta mengeluarkan surat amaran kepada guru yang didapati berbuat demikian. Perkara tersebut juga tidak sepatutnya berlaku kerana sukatan mata pelajaran, buku teks serta perisian komputer masih menggunakan Bahasa Inggeris.


Pemansuhan dasar PPSMI tidak dilaksanakan pada tahun depan berikutan kerajaan menghadapi beberapa kekangan terutama membabitkan penyediaan buku teks, guru terlatih, menggubal kurikulum, mengenal pasti buku rujukan sesuai dan menyediakan perkakasan seperti makmal BI yang mencukupi. Jika pemansuhan itu dilaksanakan terus tahun depan, guru pasti menghadapi masalah untuk menyediakan buku teks memandangkan setiap buku teks mengambil masa 18 bulan untuk disiapkan (bermula dari proses menyediakan draf hingga dicetak).


Dipetik dan disunting dari;

MyMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan