(331) Ramadhan: Kumpul Pahala Hindari Dosa

Bersyukur kita kerana masih berkesempatan untuk berada di bulan yang penuh keberkatan ini, iaitu Ramadhan yang mana pada bulan inilah diturunkan al-Quran, dosa-dosa dihapuskan ganjaran pahala digandakan, malah terdapat satu malam yang kelebihannya adalah lebih baik berbanding 1000 bulan iaitu malam al-Qadar.

Ramadhan juga dikenali sebagai bulan kerahmatan, bulan keampunan, bulan pembebasan daripada api neraka dan bulan ibadat. Sabda Rasulullah;


"Pada malam pertama Ramadan, akan dibelenggu segala syaitan, ditutup semua pintu neraka dan dibuka semua pintu syurga. Kemudian datanglah seruan: Wahai orang yang mengingini kebaikan, datanglah. Wahai orang yang mengingini kejahatan, berhentilah. Pada setiap malam Allah membebaskan segolongan hamba-Nya daripada api neraka."
(Riwayat at-Tirmizi)

Rasulullah bersabda lagi, maksudnya:


"Sesiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadan dengan penuh keimanan, mengharapkan balasan daripada Allah, diampunkan baginya dosa yang telah lalu."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan