(325) Berita Terkini H1N1

Dimaklumkan sehingga 17 Ogos 2009 jam 9.00 pagi sejumlah 284 pesakit H1N1 sedang dirawat di wad dan 33 pesakit yang disahkan H1N1 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di seluruh negara. Daripada 33 kes yang sedang menerima di ICU, di dapati 17 kes mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (8), asma (3), obesiti (2), kecacatan otak (2), hamil (1) dan post-delivery (1).

Untuk makluman sebanyak 2 kematian telah dilaporkan. Maklumat mengenai kematian tersebut adalah seperti berikut;
1) Seorang bayi lelaki berumur 7 bulan yang juga pengidap asma, dimasukkan ke ICU hospital pada 7/8/09 kerana demam, batuk dan sesak nafas selama 2 hari. Bayi tersebut telah mendapatkan rawatan di klinik swasta pada hari sebelumnya. Rawatan antiviral telah dimulakan pada 8/08/09 dan disahkan jangkitan H1N1 pada 12/08/09. Walau bagaimanapun, bayi tersebut telah meninggal dunia pada 15/8/09 disebabkan oleh severe pneumonia with acute respiratory failure.
2) Seorang wanita warga emas berumur 74 tahun yang mengidap diabetes dan kegagalan jantung (CCF) telah dimasukkan ke hospital pada 10/8/09 setelah didapati pengsan di rumahnya. Pesakit telah dilaporkan mengalami demam dan batuk sejak 8/8/09 (2 hari sebelum kemasukan ke hospital) dan rawatan antiviral telah dimulakan pada 11/8/09. Walau bagaimanapun beliau telah meninggal dunia pada 12.08.09 disebabkan oleh severe pneumonia. Kes telah disahkan positif influenza A(H1N1) pada 13/08/09.

Kementerian Kesihatan mendapati masih ramai pesakit yang mengalami jangkitan influenza A(H1N1) yang tidak memberi kerjasama yang baik dalam mengawal penularan influenza A(H1N1), sila beri perhatian wajar atas perkara berikut;
1) Menasihatkan orang ramai yang mempunyai simptom influenza walaupun ringan untuk tidak mengunjungi tempat-tempat awam seperti pusat membeli-belah, melancong, pergi ke tempat kerja atau sekolah serta menaiki kenderaan awam. Perbuatan ini boleh menularkan jangkitan influenza A(H1N1) kepada orang awam dan kebimbangan adalah jangkitan kepada mereka dari kumpulan berisiko.
2) Mereka yang bersimptom influenza perlu memahami bahawa walaupun simptom yang dialami adalah ringan, virus H1N1 masih boleh disebarkan kepada orang lain apabila mereka ini batuk atau bersin. Oleh itu sesiapa yang mempunyai simptom influenza mesti berada di rumah atau jangan mengunjungi tempat awam, tempat kerja atau sekolah sehingga tiada bersimptom lagi.
3) Walau bagaimanapun sekiranya mereka yang bersimptom perlu juga melakukan aktiviti luar rumah yang amat mustahak, mereka mesti memakai topeng muka dan mengamalkan kebersihan diri sepanjang masa.

Kementerian Kesihatan ingin menjelaskan sekali lagi bahawa rawatan antiviral hanya diberikan kepada 3 kumpulan berikut tanpa perlu menjalani ujian pengesahan influenza A(H1N1);
1) Individu yang mempunyai simptom influenza-like illness ( ILI ) dan mempunyai faktor risiko.
2) Individu yang mempunyai simptom ILI , tanpa mempunyai faktor risiko tetapi mempunyai demam yang tinggi (>38°C) berpanjangan (lebih daripada 2 hari).
3) Individu yang telah menjalani ujian “rapid test” serta didapati positif, mereka akan diberikan rawatan antiviral jika mengalami simptom jangkitan menjadi teruk dalam masa 48 jam.

Orang ramai juga terus diminta untuk sentiasa mengikut nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan mendapatkan rawatan segera bagi mereka yang mengalami simptom dan berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi akibat jangkitan Influenza A(H1N1). Maklumat dan perkembangan semasa jangkitan influenza A(H1N1) boleh diperolehi melalui talian hotline yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang di talian 03-88810200 dan 03­88810300. Maklumat terkini juga boleh didapati daripada laman web Kementerian Kesihatan Malaysia http://www.moh. gov.my dan http://h1n1. moh.gov.my. Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan terima kasih di atas kerjasama orang ramai. Tindakan tepat anda dapat membantu kami memberi perkhidmatan yang berkesan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

1 ulasan:

  1. PENGEDAR PROTECUR-100 DIPERLUKAN DISELURUH ASIA...

    Ross Safina Hor

    Tahukah anda bagaimana untuk mencegah H1N1???
    Insyaallah…PROTECUR-100 dapat membantu untuk mencegah wabak yang semakin mengganas menyerang kita semua. Produk kami adalah semulajadi dan ia juga boleh dikatakan anugerah daripada ALLAH SWT kepada hamba-hambanya apabila kita ditimpa masalah begini.

    Marilah bersama-sama kita memeranginya tanpa keluhan dan putus asa. Ia menyerang tanpa mengira usia, warna kulit, tanpa belas kasihan(no mercy) dan tanpa memberi amaran. Kini virus H1N1 ini berada dimana-mana untuk memusnahkan kehidupan kita.

    Jangan teragak-agak untuk mencuba penawar ini sebelum kita diseranginya.
    MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT…

    Hanya RM 38 sahaja sebotol dan tak rugi untuk mencubanya demi keselamatan diri sendiri dan keluarga tersayang.PROTECUR-100 juga dapat membantu pesakit-pesakit yang mengalami masalah:

    Kencing Manis
    Gaut
    Penyakit Kelamin
    Sinus
    Tekanan Darah Tinggi
    Obesiti
    Penyakit Kulit
    Keputihan bagi wanita
    Tahap Ketahanan Badan Rendah
    HIV Positif
    Batuk
    Demam
    Selsema
    Tonsil(Sakit Kerongkong)
    Radang Sendi
    Sakit Urat

    Hubungi ajen-ajen yang tertera didalam blog saya atau anda boleh terus menghubungi saya untuk sebarang pertanyaan.
    (Ross +6012 4102368 / Mikhail +6012 4839622)

    Bagi Daerah Pantai Timur sila hubungi,
    EN OTHMAN IBRAHIM - +6017 9706469

    PENGEDAR DIPERLUKAN DISELURUH MALAYSIA.

    BalasPadam