(298) Mencabut Uban

Hukum mencabut uban adalah makruh. Sabda Rasulullah s.a.w;

1.
Dari Ka’ab bin Murah berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
“Barang siapa ditumbuhi satu uban dalam Islam baginya suatu cahaya di hari kiamat“.
(Hadis Riwayat Tirmidzi dan
beliau menganggapnya hadis hasan).

2. Dari ‘Amru bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w:
Janganlah kamu mencabut uban kerana sesungguhnya dia adalah cahaya seorang muslim. Tidaklah seorang muslim memiliki satu uban dalam Islam melainkan ditulis baginya satu kebaikan, dan diangkat kerananya satu darjat atau dikurangi darinya satu kesalahan kerana uban tersebut.”
(Riwayat Ahmad, Abu Dawud, An Nasa’i, dan Ibnu Majah.
Tirmidzi juga meriwayatkannya, dan beliau menganggapnya hasan).


3. Dari Fudholah bin ‘Abiid, bahwa Rasulullah s.a.w telah bersabda:
Barangsiapa ditumbuhi uban di jalan Allah baginya cahaya di hari kiamat.” Maka berkatalah seorang lelaki mengenai hal tersebut: “Seseorang telah mencabut ubannya“. Maka Rasulullah S.A.W bersabda: “Barangsiapa mahu, maka silalah cabut cahaya yang dimilikinya“.
(Hadis Riwayat Ahmad, Tirmidzi, dan An Nasa’i).

Demikianlah hadis-hadis yang menunjukkan bahawa mencabut uban adalah dihukumkan makruh. Wallahu a‘lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan