(283) Kelas Literasi ICT (ICTL)

Kelas ICTL Tahun 4 Arab 3 dikendalikan oleh Tcr Aniza

Keputusan mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil. 3/2003 bertarikh 22 November 2003 telah memutuskan program ICTL Sekolah Rendah mula dilaksanakan pada April, 2005 bermula dengan Tahun 1 iaitu sebaik sahaja selesai program transisi. Program ICTL ini dilaksanakan kepada semua sekolah rendah yang mempunyai makmal komputer.

Objektif program ICTL adalah untuk memahami konsep sistem pengoperasian dan sistem aplikasi yang berkaitan serta berkebolehan menggunakannnya pada tahap rendah. Perlaksanaan Program ICTL ini adalah selama 3 bulan persekolahan dengan mengambil waktu mata pelajaran Bahasa Inggeris selama 60 minit seminggu dan dilaksanakan secara berterusan selama 3 bulan.


PPK telah menyediakan buku panduan berserta dengan modul pengajaran dan pembelajaran ICTL dalam Bahasa Inggeris beserta dengan perisian Freeware dan modul penggunaannya bagi membantu guru dalam melaksanakan program ini
Kandungan yang terdapat di dalam Buku Panduan ICTL ini adalah merupakan keperluan asas literasi ICT yang perlu dikuasai oleh pelajar di sekolah rendah. Tahap kesukaran literasi ICT berbeza dari tahun ke tahun apabila murid maju dari Tahun 1 hingga ke Tahun 6. Beberapa tajuk akan diulang tetapi kedalaman skop adalah berbeza mengikut kebolehan pelajar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan