(281) Kelas Tuisyen Bakal Berakhir

Kelas 6 Arab 2 (Tcr Nor Aswarz)

Kelas 6 Arab 3 (Cgu Rosmawati)

Kelas 6 Arab 4 + 6 Bestari 1 (Cgu Hjh Faizah)

Tidak lama lagi kelas-kelas tuisyen SKSM akan berakhir. Dengan berakhirnya kelas tuisyen untuk bulan Julai pada minggu ini maka berakhirlah kelas-kelas tuisyen 2009 sama ada kelas malam tahun 6 (untuk calon UPSR'09), kelas malam tahun 5 (calon UPSR'10) serta kelas tuisyen alternatif (yang diadakan pada hari Jumaat dan Sabtu khusus untuk pelajar-pelajar tahun 6 yang tidak terpilih mengikuti kelas SBT).

Bermula minggu hadapan, malam-malam di SKSM akan kembali sunyi. Kelas tuisyen ditamatkan untuk memberi peluang para pelajar mengulangkaji pelajaran sendiri di rumah sebelum tibanya UPSR pada 10 Ogos nanti. Selain itu, ia juga ditamatkan sebagai persediaan menyambut Ramadhan tidak lama lagi bagi memberi peluang para guru berehat (bertarawih).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan