(262) Guru Diseru Berjihad Buka Minda Masyarakat

Semalam, 4 orang warga SKSM telah dipilih untuk mewakili sekolah ke Manek Urai bagi meraikan sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Kelantan kali ke-38 yang diadakan di SK Manek Urai Baru iaitu saya sendiri, Cgu Hjh. Che Gayah, Tcr Rosmaini & Tcr Anita. Kami tiba di sana lebih kurang jam 09:00am. Suasana pada ketika itu bolehlah dikatakan lengang. Walau bagaimanapun suasana bertukar lebih kurang 1 jam kemudian apabila di setiap ceruk dipenuhi oleh manusia.

Teacher Nor Anita

Teacher Rosmaini

Ini Cikgu Nik.... ehh, kata berempat. Mana sorang lagi??? Haa, sorang lagi ialah Cgu Hjh. Che Gayah. Gambar dia ada, tapi sabar... gambar dia ada kat bawaaaah sekali.

Jadi, sebelum acara bermula, saya dan 3 rakan ini sempat meronda di sekitar kampung sehingga ke stesen kereta api untuk sama-sama merasai kemeriahan sempena pilihan raya ini. Sementara saya memandu, Cgu Che Gayah berperanan sebagai jurufoto. Tak menang tangan dibuatnya. Berikut adalah beberapa keping foto yang sempat dirakam untuk melihat senario di Manek Urai.

Inilah jambatan sempit yang menjadi laluan utama para penduduk Walaupun terdapat lampu isyarat namun ia jarang dipatuhi. Keadaan ini bertambah rumit apabila tiba musim perayaan.

Pelancaran ini disempurnakan dan dirasmikan oleh YAB Tan Sri Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia merangkap Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Sebelum itu, ucapan alu-aluan disampaikan oleh Tn. Hj. Mohd Ghazali bin Ab. Rahman, Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan. Turut hadir dalam majlis ini ialah Tan Sri Dato' Hj. Alimuddin bin Hj. Mohd Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Dalam ucapan perasmian, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru kepada semua warga pendidik agar berjihad membangunkan anak bangsa termasuk berusaha membuka minda mereka dan masyarakat. Malah, salah satu cabaran paling besar untuk membangunkan masyarakat adalah pembangunan minda agar tidak tertutup dan terkongkong bagi melakukan perubahan yang baik. Menurut beliau, guru sebagai ejen perubahan dan pembaharuan ada satu tanggungjawab yang besar untuk membuka minda pelajar dan tidak kurang pentingnya adalah membuka minda ibu bapa mereka supaya jangan terkongkong dengan emosi dan terpedaya dengan kempen-kempen dakyah politik yang tidak menguntungkan negeri dan negara.

Suasana berhampiran lokasi sambutan Hari Guru

Kami semakin menghampiri padang SK Manek Urai Baru

Inilah dia padang SK Manek Urai Baru


Pada majlis itu tiga orang guru dinobatkan sebagai Tokoh Guru Kelantan 2009 serta diadakan acara penyampaian Tabung Badan Ehsan kepada para waris guru-guru yang meninggal dunia, termasuklah jiran kita, Allahyarhamah Mazlipah bt. Muhammad Salleh yang dulunya mengajar di SK Melor.

Mengenai kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai itu, Tan Sri Muhyiddin menegaskan bahawa ia sepatutnya sudah lama dibangunkan. Ia mungkin salah kerajaan atau warga pendidik yang tidak berusaha membawa masyarakat keluar dari kepompong minda yang sudah lama menyelubungi mereka.

"Saya hendak mohon kerjasama guru-guru di Manek Urai untuk bantu saya, saya tidak tahu bagaimana tapi guru adalah orang yang bijak, dan boleh membimbing supaya Manek Urai tidak terabai," katanya.

Foto di atas adalah rakaman sepanjang perjalanan semasa pulang

Kami berempat tidak sempat menikmati hidangan yang disediakan kerana khuatir terlewat dan mungkin akan terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Maklumlah, jalan di sana yang sepatutnya muat untuk 2 buah kereta pergi dan balik, menjadi 1 lorong apabila para pengunjung memakir kenderaan mereka di kiri kanan jalan. Sebelum pulang, kami sempat meninjau hingga ke Sungai Rek (bukan Lata Rek) dan Laloh. Akhir sekali kami singgah membasahkan tekak di Simpang Guchil sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Melor.

Nah, inilah gambar Cgu Che Gayah? Mana dia??? Itu, perhati betul-betul. Ada tu...

Okeylaa.... ini dia gambar cgu kesayangan ramai... nampak takk? Nampak tangan dengan tudung aje, kann???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan