(261) Program Anak Angkat

S/U Kurikulum, Cgu Asmadera menyerahkan fail-fail program untuk diagihkan kepada guru-guru sebagai mentor

Bagi menyempurnakan salah satu daripada strategi peningkatan kecemerlangan UPSR, program anak angkat (mentor-mentee) telah dilancarkan semasa sesi perjumpaan guru-guru semalam, di mana seorang guru mengambil seorang calon UPSR sebagai anak angkat.

Penolong Kanan menguruskan pengagihan fail-fail kepada para guru

Program ini diadakan untuk mewujudkan suatu ruang bagi membolehkan guru dan murid mengadakan pertemuan dan perjumpaan dengan lebih dekat lagi. Antara aktiviti yang boleh dijalankan dalam program ini ialah membincangkan mata pelajaran yang lemah, aktiviti pemulihan dan pengayaan, soalan-soalan latih tubi serta penyemakan buku latihan pelajar. Selain itu, mereka juga boleh mengadakan diskusi untuk memupuk keyakinan diri, sesi motivasi dan teguran serta teknik menjawab soalan, dsb.

Para guru mengambil fail masing-masing

Kelihatan Cgu Saufi dan Cgu Ainuddin menyemak fail yang diterima

Tiada ulasan:

Catat Ulasan