(263) Semak Arah Kiblat Anda

Umat Islam di negara ini boleh menyemak kedudukan arah kiblat dari kediaman masing-masing pada Khamis, 16 Julai 09 nanti, jam 5.28 petang. Pada hari dan masa tersebut kedudukan matahari berada betul-betul di atas Kaabah di Mekah yang menjadi kiblat umat Islam.

Kealpaan kita menentukan arah kiblat dengan tepat boleh menyebabkan arah kiblat tersasar sehingga beberapa kilometer. Malah, perubahan satu darjah sahaja boleh mengakibatkan arah kiblat tersasar sehingga sejauh 128 kilometer.

Cara Membuat Semakan
1. Dirikan satu objek lurus seperti tiang, sebaik-baiknya di tanah lapang.
2. Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakannya boleh diletak tali yang diikat pemberat pada hujung tiang.
3. Tempat tersebut tidak terlindung daripada sinar matahari.
4. Penyemakan arah kiblat perlu dibuat tepat mengikut waktunya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan