(246) Jamuan PTK

Hari ini, 5 Julai 2009, tepat jam 01:15pm, satu jamuan telah dianjurkan oleh para guru yang telah lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dengan mendapat IV bagi kedua-dua kompetensi (umum dan khusus). Para penganjur terdiri daripada;
1 - Cgu Hj Ya (PK1)
2 - Cgu Nik Azhar

3 - Cgu Asri Harun
4 - Cgu Rosmaini Mahmud
5 - Ust Siti Arija Wardati
6 - Cgu Nik Abdul Yakil
7 - Cgu Mohd. Asri Hussein
8 - Tcr Yap Swee Mee
9 - Cgu Suhaimi Ismail
10-Cgu Hjh. Azizah Ibrahim
11-Cgu Mohd. Ainuddin

Cgu Zarinawati

Miss Yap

Cgu Nik Yakil & Cgu Mohd. Asri Hussein

Cgu Asri Harun ceria dalam kekenyangan. Orang Ganu kate, "makang kkenyang, kene rokok sbatang, nyandor ttiang"...

Cgu Mohd. Ainuddin - buat-buat sibuk.

Ust Siti Arija Wardati - orang yang banyak memainkan peranan sehingga terlaksananya jamuan pada hari ini

PK1 tenang menghadap rezeki... make bbenar abe aji!

Sebagaimana yang kita ketahui, PTK merupakan suatu kaedah untuk menilai seseorang pegawai sama ada mencapai tahap kecemerlangan yang ditetapkan dari segi pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi atau sebaliknya.

Setiap PTK mengandungi dua bahagian iaitu kompetensi umum dan kompetensi khusus di mana kompetensi umum meliputi perkara-perkara yang perlu dimiliki oleh semua lapisan pegawai awam seperti ciri-ciri peribadi, kepimpinan dan komunikasi manakala kompetensi khusus pula ialah kecekapan yang berkaitan tugas jawatan dalam perkhidmatan pegawai.

Semua pegawai perkhidmatan awam yang memilih Sistem Saraan Malaysia (SSM) perlu mengambil PTK dan mendapat keputusan melepasi Tahap Kecekapan sekurang-kurangnya pada Aras III sebagai salah satu syarat untuk tujuan kenaikan pangkat, misalnya dari Greg DGA29 ke DGA32.

Bagi pegawai yang mendapat keputusan melepasi Aras IV layak dipertimbangkan untuk mendapat anjakan gaji. Walau bagaimanapun, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, YBhg. Tan Sri Jamaludin bin Hj. Ahmad Damanhuri pernah berkata;

"Janganlah kita mengandaikan bahawa Penilaian Tahap Kecekapan hanya menguji tahap pencapaian kita semata-mata untuk memperolehi ganjaran. Apa yang paling penting dan perlu dihayati ialah untuk pembangunan diri, organisasi, masyarakat dan negara ini. Peluang pembangunan diri (modal insan) ini boleh direbut melalui pembelajaran berterusan dan amalan budaya organisasi pembelajaran bagi memastikan kita mempunyai tahap kompetensi yang terbaik untuk melaksanakan tugas yang dilaksanakan.”

2 ulasan:

  1. ramainya dapat IV. korang dpt soalan bocor ke? apapun tahniah. dpt anjakan sok jgn lupa wat kenduri plak.

    BalasPadam
  2. boleh... nnt kitorang pegi sg air tawar belanja korang makan kat simpang 4 bno, amacam? x pun, pekena soto ke pecal ke kat parit baru... hehehee

    BalasPadam