(247) Jamuan PTK (sambungan)

Berbalik kepada jamuan tengah hari ini, menu yang disediakan sungguh lazat dan menyelerakan, hasil masakan chef tersohor, siapa lagi kalau bukan Ustaz Hadi dari Kg. Kayu Rendang. Tengok aje dah kecur air liur (kemecerr, kata orang jawa).

Di antara menunya ialah gulai daging, ayam goreng berempah, kerabu, acar, gulai tresek dan macam-macam lagi. Dan yang paling menggiurkan ialah budu + duriannya yang menjadi bahana pencecah ulam-ulaman selain daripada puding, dadih dan buah-buahan seperti rambutan, pisang dan salak sebagai pembasuh mulut.

Cgu Suzanan menikmati hidangan

Kerabu perut

Daging gulai dan ayam goreng berempah

Kerabu jantung pisang (tresek) dan ikan kering

Pelbagai aneka ulam-ulaman - pucuk ketereh (gajus), pegaga, pucuk jenerih, ulam raja, etc. etc.

Kalau tadi ulam-ulaman, yang ini pulak lawan dia. Apa lagi kalau bukan sambal dan budu. Yang tak tahan, siap ada durian lagi tu... kalau dah budu + durian, haa apa lagi, makan pun bertambah laa... Masa ni, pedulikanlah darah tinggi ke, gout ke, apa ke... 'Timbok' (belasah) aje!

Pisang, buah salak, acar timun dan... apakebenda dalam bekas putih tu... tak nampak laa. Lagi satu, buah rambutan (tiada dalam gambar). Buah dokong, anggur, tembikai, epal dan strawberi pun tiada dalam gambar jugak (sebab memang takde dalam menu pun).

Dalam bekas-bekas kecil tu ialah... ialah... ialah apa, ekk? Saya pun tak pasti sama ada ianya dadih ataupun puding. Apa-apa hal pun, semuanya memang bestlah!!! Bravo! Semoga kalian semua warga SKSM terus cemerlang pada masa-masa yang akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan