
Pada suatu ketika di sebuah hospital bersalin di Amerika, ada 2 orang ibu yang baru melahirkan anak. Seorang dapat anak lelaki manakala seorang lagi anak perempuan. Masalahnya mereka telah tertukar anak dan masing-masing mengaku yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut!
Oleh kerana mereka bersalin pada waktu dan masa yang sama, maka timbul sedikit masalah bagi menentukan ibu yang sebenar bagi anak lelaki tersebut. Pada masa itu teknologi ujian DNA belum ada lagi. Maka doktor pakar dari Amerika bertanya kepada kawannya, seorang doktor dari Mesir macam mana nak selesaikan masalah tersebut. Ujian darah sudah dibuat, namun malang sekali, kedua-dua ibu tersebut mempunyai kumpulan darah yang sama.Lalu doktor Amerika itu bertanya lagi kepada doktor Mesir, macam mana nak selesaikan masalah ini menurut Islam kerana dia ada dengar orang kata, Islam agama yang sempurna
dan setiap masalah ada penyelesaiannya di dalam Al-Quran.
Doktor Mesir itupun mengajak doktor Amerika berjumpa dengan kawannya, iaitu seorang ulama terkenal. Setelah diceritakan segalanya, maka ulama tersebut hanya tersenyum. Lalu beliau pun menyuruh agar diperah susu kedua-dua ibu yang melahirkan anak tadi dan dibuat ujian tentang kandungan kalsium, zat galian dan sebagainya. Setelah selesai ujian, mereka diminta membawa keputusan ujian dan berjumpa semula dengan ulama tersebut.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan