(237) Keajaiban di Gaza


Kisah ini telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu. Berikut adalah beberapa kisah benar dari pengalaman beliau di Gaza;

Peristiwa 1
Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika suatu pertempuran, komander mujahidin melarang pejuang-pejuang menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkannya. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya sebaliknya dengan tiba-tiba sahaja senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah selesai adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan!

Peristiwa 2

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas berwarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3

Terdapat tentera Yahudi menjadi buta sewaktu serangan apabila mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4

Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri!

Peristiwa 5

Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan tiba-tiba meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !

Peristiwa 6

Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu bertanya, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu hendak pergi?" lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza!".

Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu
umat Islam ketahui. Allahu Akbar!!! Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari udara dan laut. Kini usaha dan tenaga ditumpu ke arah membina semula infrastruktur Gaza yang musnah. Dalam masa yang sama penduduk Gaza bercerita tentang karamah yang berlaku sepanjang Jihad tersebut. Ini membangkit lagi keimanan dan semangat mereka untuk terus berjuang membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar Dunia.

Dari ceramah dalam program "Malam Selamatkan Palestin" di Masjid Sikamat, Seremban anjuran Isma NS yang disampaikan oleh wakil Palestin, Naji as-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru ini, berikut adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah tersebut;


1. Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari
udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel . Suatu ketika datang sekumpulan burung berhampiran mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat kejadian tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu, tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.

2. Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel, datang kabus
meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedangkan musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.

3. Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi
hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi. Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi kerana serpihan di bahagian dadanya melekat pada kitab al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.

4. Seorang wanita mengandung disahkan doktor dalam setiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan. Namun sebaik sahaja suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.


5. Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai daripada biasa iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki. Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah s.w.t menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang
lebih ramai.

6. Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama serangan Yahudi ke
atas Gaza hendak dikebumikan diliang lahad ayahnya, asy-Syahid Ismail Abu Syanab yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih. Sila ke laman Karamah Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab di Gaza. Beliau adalah salah seorang pengasas dan pemimpin Hamas.

*****


"
Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa Dia adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu."
(Fussilat:52)

Kisah-kisah di atas ini tidak dihebahkan di dalam media antarabangsa dan hampir sama dengan kisah kemenangan Mujahidin Afghanistan menentang Soviet Union lebih 20 tahun yang lepas.



Diambil dari :

Ustaz Halim
www.inijalanku.wordpress.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan