(234) Kucing


Pasti ramai di antara kita yang sukakan kucing. Namun ada juga yang takut atau geli dengan haiwan jinak ini. Tetapi tahukan anda terdapat beberapa perkara yang menarik tentang kucing?
Dalam hadis Bukhari, Ibn Umar r.a. meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Seorang wanita dimasukkan ke neraka kerana mendera seekor kucing. Ia tidak memberinya makan minum sehingga mati kelaparan."


Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat Nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr yang sedang dalam perjalanan menuju Masjid Nabawi menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau merasa kasihan lalu mengambil dan meletakkannya ke dalam baju besar beliau. Sesampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apakah yang ada di dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing). Gelaran bapa kucing tidak sedikitpun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut kerana Nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing.

Suatu kajian pernah dilakukan di Universiti Atlanta, Amerika Syarikat terhadap pesakit-pesakit darah tinggi, didapati keluarga yang memelihara kucing lebih rendah tekanan darahnya berbanding keluarga yang tidak membela haiwan itu. Menarik, kan? Disebabkan kucing ada orang dimasukan ke dalam neraka, sebab kucing juga Nabi mengelarkan Abdul Rahman bin Sakhr sebagai Abu Hurairah (bapa kucing) dan disebabkan kucing juga kajian menunjukan boleh mengurangkan darah tinggi dan stress, walaupun tidak sesuai utnuk penghidap asthma.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan