(234) Hanya 3 Panggilan Allah

Panggilan 1 - Azan

Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita. Ada kalanya kita terlambat, bahkan tidak solat sama sekali kerana terlupa, terlalai, tertidur atau malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmat-Nya, masih memberikan kebahagiaan bagi umat-Nya, sama ada umat itu menjawab panggilan azan ataupun tidak. Allah hanya akan membalas apabila tiba hari akhirat nanti.


Panggilan 2 - Haji

Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hamba-Nya dengan panggilan yang halus dan bersifat 'bergiliran'. Hamba yang berkesempatan 'dipanggil' berbeza dengan hamba yang lain. Yang tiada wang menjadi ada wang, ada yang tidak merancang dan ada yang memang merancang. Ketika mengambil niat Haji, berpakaian ihram dan melafazkan talbiah, sesungguhnya pada saat itu kita menjawab panggilan Allah yang kedua. Saat itu kita merasa bahagia kerana panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji/Umrah bagi yang mampu.


Panggilan 3 - Kematian

Panggilan ini kita jawab dengan amalan kita. Pada kebanyakan keadaan, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal soleh. Oleh itu manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. Jawablah panggilan Allah dengan hati dan sikap yang 'husnul-khatimah'. Insya Allah, syurga adalah balasannya."


Dipetik dari;

Laman sesawang e-group UiTM-Melaka

Penyambung persahabatan, mengeratkan tali siratul rahim dan penyampai maklumat antara pelajar, bekas pelajar, awek dan sesiapa saja yang kena-mengena dengan kampus UiTM cawangan Melaka, Lendu Alor Gajah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan