(223) Pesilat Menggempur Lagi!

Peserta silat bersama pingat yang dimenangi mereka

Pasukan silat SKSM menggempur lagi. Kali ini, pada 16 Mei yang lalu bertempat di SK Ketereh, Kota Bharu, 11 peserta silat kita di bawah pimpinan Cgu Suhaimi b. Ismail telah menunjukkan bakat dan kebolehan di sana. Hasilnya, 2 peserta perempuan iaitu Suzana Akma bt. Che Mat Shukran (5A3) dan Tengku Nur Aishah bt. Tengku Azmi (5A3) telah mendapat Johan bagi kategori 'Tempur Tangan Kosong'.


Sementara itu, Zulkhaidi b. Suhaimi (6A4) mendapat tempat Ketiga bagi kategori Tari Solo. Tahniah diucapkan kepada Guru Penasihat serta para peserta! Semoga pada masa hadapan akan lebih cemerlang lagi!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan